Wednesday, April 12, 2023

Nak buat business online tapi buntu?Jom baca tips ini❤️

Nak buat  business online tapi buntu?Jom baca tips ini❤️

Assalamualaikum semua. Diharapkan semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan 10 malam Ramadan terakhir. 

Baru-baru ni Cha ada sertai satu Facebook group ibu-ibu mengandung. Maklumlah ibu-ibu mengandung suka membaca kisah pengalaman mengandung orang lain untuk dijadikan rujukan. Bak kata orang, belajar dari pengalaman orang lain😍.

Tapi, apa yang sedihnya. Disebalik kegembiraan bakal mendapat zuriat, rupanya ada dikalangan bumil (ibu-ibu hamil) ini yang mengalami nasib yang kurang baik. Ada yang diabaikan suami atau diceraikan, pasangan curang, dibuang keluarga ketika dalam keadaan hamil ataupun ketika dalam pantang.  

Apa yang Cha dapat rangkumkan dari cerita-cerita mereka adalah kita sebagai wanita harus mempunyai punca pendapatan sendiri, tidak bergantung harap sepenuhnya kepada manusia dan boleh berdikari. Ya, kita kena redha dengan perjalanan hidup kita. Tapi kita kena yakin bahawa tidak ada sesiapa pun yang boleh ubah nasih kita kecuali diri kita sendiri. Cintai diri kita sendiri sebelum kita mencintai orang lain.

Buat mereka yang mempunyai kerjaya, Alhamdulillah. Teruskan usaha dalam melebarkan sayap anda. Buat mereka yang masih berjuang dalam mencari perkerjaan, Cha doakan semoga dipermudahkan urusan. Yakin bahawa rezeki Allah itu maha luas.

Business online juga boleh dijadikan satu kerjaya jika kita betul-betul fokus dan tekad. Apa itu business online  ya?

Definisi Perniagaan atas Talian atau Business Online :

Perniagaan dalam talian merupakan satu jenis perniagaan atau jual beli yang dijalankan dengan menggunakan internet sebagai satu medium perantaraan antara penjual dan pembeli. Ianya juga dikenali sebagai e-dagang. 

Online versus Offline🤔. Sebelum mengorak langkah ke dunia perniagaan kita harus mengkaji dahulu kebaikan dan keburukan business online ini. 

Kelebihan Business Online:

  • Sentiasa berjalan. 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
  • Mempuanyai pasaran yang luas dan terbatas di dalam negara sahaja. 
  • Mempunyai pelbagai platform yang sudah kukuh seperti Shopee atau Lazada. 
  • Kos yang rendah untuk memulakan perniagaan.

Kekurangan Business Online:

  • Ianya tidak sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan capaian internet yang baik. 
  • Bergantung sepenuhnya kepada perkhidamatan logistik. 
  • Sukar untuk mendapatkan kepercayaan pembeli.
  • Memerlukan kemahiran komputer atau teknologi maklumat.
Walau bagaimanapun kelemahan ini dapat di atasi jika kita tekad untuk ber’business’ online. 

Selain itu, pemilihan jenis atau ‘niche’ perniagaan amat penting dalam memulakan perniagaan. 

Cara Pemilihan Jenis Business Online:

  • Lakukan market survey mengenalpasti produk yang boleh pergi jauh.
  • Kenalpasti golongan sasaran. 
  • Kenalpasti masalah golongan sasaran. Harus diingatkan setiap bisnes adalah untuk menyelesaikan masalah.
Pastikan diri kita sedia untuk keluar dari comfort zone kerana memulakan perniagaan adalah bermaksud sedia untuk menanggung segala risiko. 

Tips untuk Berjaya dalam Business Online:
  • Bina audien sendiri.
  • Buat personal branding. 
  • Jangan beli atau simpan stok.
  • Meningkatkan kemahiran perniagaan.
  • Fokus dalam memberi nilai berbanding keuntungan semata-mata. 

Cerita Cinta Shaklee❤️

Bagaimana Cha pun boleh terjebak dengan Shaklee? Ianya bermula dengan promo Youth. Sebelum menggunakan Youth, Cha menggunakan satu produk penjagaan kulit dari sebuah jenama yang agak popular dan agak mahal. Akan tetapi produk tersebut mungkin tidak sesuai menyebabkan kulit muka Cha mengelupas teruk.

Sejak dari itu, Cha cuba mencari produk yang bebas bahan kimia dan akhirnya berjumpa dengan Youth. Cha jatuh cinta dengan set Youth dan terus menjadi ahli Shaklee. 


Kenapa Shaklee sebagai Business Online Terbaik?

Produk yang Pelbagai dan Pasaran yang Kukuh serta Kemudahan Platform Online. 

Shaklee menawarkan pelbagai produk kesihatan antaranya vitamin kulit yang popular dengan Vita-C & ESP yang telah lama berada dipasaran. Produk Shaklee juga telah menjalani Landmark Study. Semua produk Shaklee boleh di akses si laman sesawang www.shaklee.com.my .


Modal yang Kecil untuk Memulakan Perniagaan. 

Hanya bermodalkan RM35 untuk menjadi ahli, kita dah boleh memulakan perniagaan. Murah bukan? Anda boleh menghubungi mana-mana SID untuk mendaftar sebagai ahli ataupun mendaftar sendiri di website Shaklee. Klik di sini untuk mendaftar. Juga boleh hubungi Cha sendiri klik di sini.

Mempunyai Support Group Tersendiri.

Setiap Shaklee Independent Distributor (SID), mempunyai ketua di atas mereka. Jangan risau, mereka ini yang akan membantu dan memberi panduan kepada SID baru untuk memulakan perniagaan Shaklee. Seronok bila dapat kumpulan yang aktif. Selalu ada kelas dengan topik-topik yang menarik. Siap ada sesi selawat pagi lagi!

Salah satu kelas yang di anjurkan oleh support group

Selain dari itu, Shaklee sendiri menganjurkan kelas ilmu seperti kelas produk, nutrisi dan sebagainya. Tinggal kita rajin atau tidak rajin untuk mencari ilmu sahaja. 

Salah satu kelas yang di anjurkan oleh Shaklee

Ganjaran yang Menarik. 

Mempunyai hierarki tersendiri dan ganjaran diberikan mengikut tahap jualan. Tiada had pendapatan dalam perniagaan Shaklee ini. Semakin banyak jualan, semakin banyak pendapatan kita. Rujuk gambarajah di bawah untuk purata pendapatan bulanan Shaklee :


Shaklee menawarkan Ganjaran 3C iaitu:

Cash Bonus

Bonus sebanyak 3%-21% bergantung kepada prestasi jualan. 


Car Bonus

Pasti seronok bila bayaran bulanan kereta dibayar sepenuhnya oleh Shaklee. Untuk mendapatkan car bonus ini, kita perlu menjadi business leader dan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.

Convention Trip

Lagi seronok bila perjalanan kita ke dalam atau luar negara juga ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Malah Shaklee juga pernah menaja trip menunaikan umrah. Sudah tentu ada terma dan syaratnya ya. 

Semoga perkongsian Cha kali ini dapat membantu mereka yang masih buntu dan ragu-ragu untuk mencari punca pendapatan melalui business online. 


Percayalah yang kita tidak berseorangan dalam dunia perniagaan. Sentiasa akan ada orang lain yang berjuang bersama-sama dengan kita. Jom baca perkongsian sahabat Cha Business Online’


#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeBentong

Women Empowerment❤️

-Love yourself before you love others-

Your Trusted SID,
Noora_aycha
ID :1626384




-

1 comment:

Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚 Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah  (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda bada...