Kesihatan kulit adalah amat penting terutamanya kulit muka. Kulit muka yang sihat akan memberi lebih keyakinan kepada seseorang individu.
Jom kenali jenis-jenis kulit muka.
Jenis-jenis Kulit
🦋Kulit Normal
🦋Kulit Kering
🦋Kulit Berminyak
🦋Kulit Kombinasi
🦋Kulit Kekeringan
🦋Kulit Sensitif
🦋Kulit Berjerawat
🦋Kulit Berjeragat
Kali ini Cha nak kongsikan tentang kulit berjeragat. Bagaimana ia terjadi dan petua untuk menghalang serta mengatasi masalah kulit berjeragat ini.
Seandainya anda mengalami masalah jeragat, anda akan perasan jeragat akan timbul apabila kita berusia 30-an dan ke atas. Kenapa ya? Ini kerana kulit kita sudah matang pada usia tersebut. Maksudnya kolagen akan kurang terhasil berbanding di usia remaja kita.
Bagaimana ia terjadi? Ianya terjadi apabila kita selalu terdedah dengan sinaran UV. Kulit kita akan sedaya upaya menghasilkan lebih banyak melanin sebagai tindak balas terhadap sinaran UV. Melanin ialah pigment yang memberi kesan warna gelap pada kulit.
Jeragat akan terbentuk sebagai bintik hitam dikenali sebagai melanosit bermula dari lapisan kulit dalam yang dikenali sebagai dermis.
Melanosit mempunyai akar yang akan bergerak ke lapisan kulit paling atas yang dikenali sebagai epidermis dan akan merebak.
Terdapat tiga jenis jeragat iaitu :
- Seborrhoeic keratoses – Timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
- Melasme – Tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
- Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher.
Cara untuk Mengelakkan Terjadinya Jeragat Pada Kulit
Pemakaian Sunblock
Seboleh-bolehnya pakailah sunblock dengan SPF yang tinggi. Semakin tinggi nilai SPF, semakin tinggi perlindungan terhadap sinaran UV.
SPF ialah Sunscreen Protection Factor ataupun dalam Bahasa Melayu faktor perlindungan matahari melindungi kulit dari sinar UVB iaitu sejenis radiasi yang menyebabkan kulit kita terbakar akibat sinaran matahari, merosakkan kulit dan dapat menyebabkan kanser kulit.
Pemakaian sunblock adalah penting untuk menghalang pembentukkan jeragat. Tetapi, sekiranya jeragat telah terbentuk pemakaian sunblock adalah perlu untuk menghalang pembentukkan jeragat baru.
Petua untuk Menghilangkan Jeragat
Penggunaan Skincare
Masalah jeragat boleh di atasi dengan penggunaan skincare yang berkesan dengan cara yang betul dan konsisten adalah penting untu menghilangkan jeragat.
Pilihlah skincare yang bersifat semulajadi yang tidak akan merosakkan kulit. Elakkan dari menggunakan produk timbang kilo yang diragui kesannya.
Testimoni pengguna yang berjaya menghilangkan jeragat dengan skincare Youth:
Pengambilan supplement
Pengambilan supplement juga adalah sangat penting untuk merawat jeragat dari dalam.
Fungsi penting vitamin C dalam mengatasi jeragat ialah:
- Mencerahkan tompok jeragat dengan cepat
- Memulihkan sel kulit mati dengan aktif dan selamat
- Menyekat bintik hitam baru dari tumbuh semula
- Menghalang kulit mati kesan dari sinar UV
- Menganjalkan kulit
- Menghilangkan parut jerawat yang akan membentuk jeragat
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E mampu menghalang sel rosak sebanyak 57%. Vitamin E akan meneutralkan kesan sinar UV yang merosakkan sel kulit. Oleh itu pengambilan vitamin E akan membantu menghilangkan jeragat dengan berkesan.
Baca juga tips kecantikan dalam entry Cha sebelum ini :
Vitamin Kulit
Selain vitamin C & vitamin E, pengambilan collagen juga sangat berkesan untuk menghilangkan jeragat. Semakin bertambah usia, penghasilan collagen dalam badan akan merosot. Oleh itu, pengambilan collagen tambahan adalah satu keperluan untuk kulit yang sihat.
Collagen Shaklee adalah bersumberkan ikan merah dan mempunyai banyak kebaikan seperti :
💋Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
💋Mengecilkan liang-liang roma
💋Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
💋Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
💋Mengembalikan keanjalan kulit
💋Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot
💋Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman
💋Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
💋Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
💋Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
💋Menegangkan kembali payudara dan punggung
💋Mengurangkan garis halus pada leher
💋Menguatkan gusi anda
💋Memelihara kornea mata anda daripadakering dan cepat letih
💋Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
MANFAAT RESVERATROL KEPADA KULIT
Resveratrol adalah sejenis anti oksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.
Kebaikan resveratrol untuk kulit yang cantik ialah:
1. Melindungi kulit daripada kerosakan
Kulit kita sentiasa diserang oleh radikal bebas, molekul yang sangat reaktif yang kedua-duanya dihasilkan oleh badan kita dan beredar di udara di sekeliling kita seperti asap dan pencemaran udara yang lain.
Resveratrol meneutralkan radikal bebas yang sedia ada supaya mereka tidak merosakkan kulit anda, dan menghalang molekul berbahaya daripada terbentuk.
2. Melegakan kulit
Toksin, pendedahan cahaya matahari, dan faktor lain boleh merosakkan kolagen dan elastin kulit anda untuk mempercepatkan penuaan, kedutan, dan kulit kendur.
Tetapi ciri-ciri anti-radang Resveratol bagus untuk menyembuhkan kulit dan membendung kerosakan kronik.
3. Menegangkan kulit
Kolagen adalah protein struktur yang utama dalam kulit kita yang menyediakan keanjalan sihat.
Apabila kita semakin tua, tahap estrogen kami beralih, dengan itu menghasilkan kurang kolagen, dan mengakibatkan kulit nipis dan kusam.
Fungsi Resveratrol seperti estrogen untuk mengekalkan tahap kolagen dan kelembapan kulit.
4. Melindungi kulit dari sinaran matahari
Cahaya matahari adalah punca utama kerosakan kulit dan penuaan dan ia menyumbang kepada tanda-tanda penuaan, termasuk pigmentasi tidak sekata, saluran darah pecah, kehilangan kolagen dan elastin, berkerut, dan kendur.
Resveratrol melindungi kulit dan menghalang kerosakan dari spektrum luas UVA dan UVB.
5. Mengekalkan sel-sel kulit yang sihat
Orang muda biasanya mempunyai kulit yang cantik dan sihat.
Sel-sel kulit lama digantikan dengan yang baru pada kadar yang luar biasa yang hanya mengambil masa kira-kira sebulan untuk perolehan sel kulit.
Walau bagaimanapun, semakin kita tua semakin perlahan kadar penggantian tersebut. Tanda-tanda penuaan seperti kulit kusam, bermula apabila sel-sel lama melebihi sel-sel baru.
Walaupun tidak ada cara untuk sepenuhnya menghentikan sel-sel kulit daripada penuaan, resveratrol menggalakkan badan anda untuk mengekalkan tisu yang sihat, yang memanjangkan jangka hayat sel-sel dan memastikan kulit anda berseri.
Promo ResV dan Vivix yang berbaloi-baloi bulan ni😍
Kulit muka yang bermasalah akan memberi kesan pada keyakinan diri kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga kecantikkan kulit wajah agar sihat dan berseri sentiasa.
#ResVShaklee
#VivixShaklee
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha
Jumpa lagi,
Yang sentiasa cantik dan ingin kekal cantik,
noora_aycha @ chachanteq
Your Trusted SID