Friday, June 2, 2023

Motivasi Diri : MySelfCare Recipe

Assalamualaikum semua. Cha doakan semua yang membaca coretan Cha ni dimurahkan rezeki seluas lautan, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

Oh ya, kepada bakal haji. Semoga mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan kembali. Alhamdulillah, seronok Cha dengar ada dikalangan sahabat Cha yang mendapat panggilan haji. Seronok tak terkata. Manakan tidak, diusia 30an ini Allah telah menjemput menjadi tetamu di rumahNya. 

Tak keruan hati ini bila diberi tugasan blog kali ini. Kami semua ditugaskan untuk menulis kata-kata motivasi. Sungguh mencabar rasanya. Manakan tidak, diri ini bukanlah pakar motivasi yang petah berkata-kata. Bukan jua kaunselor yang sentiasa dengan positif vibesnya. Sebelum memotivasikan orang lain, diri sendiri perlu termotivasi terlebih dahulu. 



Kekuatan kita tak sama. Kadang-kadang mungkin ada yang terkesan, termotivasi dengan kata-kata motivasi. Kadang-kadang, kita hanya akan termotivasi dengan hanya melihat kejayaan ataupun kekuatan orang lain. Apapun jua cara kita, bermotivasi lah sentiasa agar hidup kita sentiasa bahagia dan kesihatan mental kita terjaga. 




Sebagai wanita bekerjaya mahupun suri rumah bahkan sebagai seorang ibu, kesihatan mental sangat penting. Kenapa ia penting?kerana kesihatan mental kita akan memberi kesan kepada diri kita sendiri dan juga kepada orang sekeliling kita. 

Ramai dikalangan kita yang mengalami depresi dan anxiety antara sedar ataupun tidak sedar. Jangan pernah malu untuk berjumpa pakar psikologi ataupun jangan pernah takut dicop gila bila kita menghadiri sesi kaunseling.

Depresi adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Depresi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Depresi juga dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon iaitu paras hormon kortisol yang tinggi dan kurang penghasilan serotonin yang menyebabkan simptom depresi.

Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang boleh memberikan ancaman. Perasaan ini boleh memberikan kesedaran supaya bersedia menghadapi perkara yang dibimbangi itu. Apabila berasa terancam, tindak balas kimia akan membuatkan jasad bertindak bagi mengelakkan kecederaan yang dipanggil ‘fight or flight’. Ketika ini, otak akan bertindak balas terhadap ancaman tersebut lalu merembeskan hormon adrenalin dan kortisol. 

Walaupun ancaman tersebut kadang-kala bukannya nyata dan hanya dalam fikiran, rembesan hormon-hormon ini akan memberikan simptom anxiety. Hanya apabila ancaman tersebut hilang dan tiada lagi perkara yang perlu dibimbangi, jasad akan kembali menjadi normal. Bagi seseorang yang mengalami masalah anxiety, kebimbangan terhadap ancaman tidak berlalu pergi malah menjadi semakin kuat kerana kerap difikirkan. Setiap orang akan mengalami anxiety selalunya mengalami simptom yang berbeza-beza berdasarkan keupayaan seseorang mengendalikan kebimbangan tersebut.

Depresi dan anxiety mempunyai simpton yang nyata iaitu seperti menghadapi kesukaran untuk tidur, kesedihan dan keletihan yang melampau, perubahan selera makan, hilang fokus dan minat serta fikiran bercelaru yang boleh menjurus ke arah rasa ingin bunuh diri.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengatasi atau mengelak masalah depresi dan anxiety ini dengan sentiasa berpikiran positif, tingkatkan motivasi diri serta cari cara yang sesuai untuk hilangkan tekanan seperti bersukan, makan makanan sihat ataupun pergi bercuti dan mendekatkan diri dengan tuhan.



Tipu rasanya jika hidup kita tak pernah rasa koyak atau tidak pernah merasa jatuh. Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Bersedialah untuk berada di mana-mana posisi dan harungilah dengan tabah dan penuh kesabaran. Bila di atas, jangan pernah merasa bongkak serta bangga dan bila di bawah teruskan merasa cukup. Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat hidup dari sang pencipta.

Sayangi diri kita sebelum kita menyayangi orang lain kerana tiada siapa yang akan sayang diri kita lebih dari kita sayang diri kita sendiri. Ini juga akan menjadikan kita lebih menghargai hidup kita. Tidak ada salahnya jika sesekali kita mementingkan diri kita berbanding orang lain. Hadiahkan diri kita juga dengan ‘me-time’ atau ‘self-rewards’ kerana diri kita  terlalu layak untuk itu. 


Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Hargailah setiap saat dan jadikannya memori indah dalam hidup kita. Kerana saat yang sama tidak akan berulang. 



Akhir kalam, semoga yang baik-baik mengiringi kita semua sepanjang hidup di dunia ini. Semoga Allah hadirkan insan yang baik-baik disekeliling kita yang akan memimpin kita ke syurga kelak. Mudah-mudahan apa yang disampaikan dalam entry kali ini akan memberi manfaat kepada semua. 




#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID
ID a:1626384
WhatsApp : Hai Cha

No comments:

Post a Comment