Monday, July 17, 2023

Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚





Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda badai Covid19 pada 2020. Pandemik ini telah merencatkan kehidupan manusia. 

Masa Cha kecil dulu, keterujaan untuk berjumpa tahun 2020 amat tinggi. Yalah, Wawasan 2020 gah tertulis. Katanya, tahun 2020 nanti ada kereta terbang. 

Rupanya, perancangan Allah itu Maha Tinggi. Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar. Ramai di kalangan kita kehilangan ahli keluarga ketika berjuang melawan Covid19. 

Ada dikalangan kita yang kehilangan kerja dan sumber ekonomi kerana banyak industri terpaksa diberhentikan ketika langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk memberi laluan kepada negara untuk memutuskan penularan wabak. Tidak kurang juga ramai yang masih survive dengan bekerja dari rumah ketika itu. 

Walaupun dah diisytiharkan endemik ketika ini, masih ada lagi syarikat yang membenarkan dan menggalakkan pekerja mereka berkerja dari rumah. Ini kerana ianya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, majikqn dan pekerja.

Kebaikkan Berkerja dari Rumah

1. Masa bekerja dapat dioptimumkan

Bekerja dari rumah dapat mengoptimumkan masa berkerja dan dilakukan dalam ruang yang kecil seperti melalui bilik secara berseorangan tanpa perlu memikirkan untuk keluar rehat makan bersama rakan sekerja. Ruang tempat kerja di rumah yang kecil atau sederhana sudah memadai.


2. Dapat mengelakkan kesesakan lalulintas dan menjimatkan kos

Dengan bekerja dari rumah, kita tidak perlu bersusah payah menaiki kenderaan dan tidak perlu berhabis masa di jalanan dengan menghadap kesesakan lalu lintas seperti kebiasaannya. Ianya juga dapat menjimatkan masa dan kos minyak dan tol serta penyelenggaraan kenderaan. 


3. Masa bekerja fleksibel

Pengurusan masa bekerja dapat disusun atur dan dijadualkan dengan fleksibel disamping menguruskan rumah tangga & anak-anak bersama pasangan bagi mereka yang telah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin melakukan kerja mengikut kelapangan waktu tanpa mengabaikan keperluan kerja harian.


4. Dapat mengekang penularan Covid-19

Bekerja dari rumah adalah cara yang sangat membantu dalam penularan wabak Covid-19 kerana pergerakan dapat dikawal dan masa lebih banyak dihabiskan bersama keluarga, ianya juga dapat mengelakkan dan mengurangkan contact dengan orang lain. Sekiranya pekerjaan di lakukan di pejabat, sangat sukar untuk mengawal penularan  wabak ini kerana contact di antara rakan kerja tidak dapat di elak bagi menyelesaikan sesuatu tugasan kerja. 


5. Dapat meluangkan masa bersama keluarga

Pada masa ini lah masa banyak dihabiskan di rumah dan bersama keluarga, perhatian kepada anak-anak dapat diberikan dengan kerap, keperluan pendidikan anak-anak dapat dipenuhi sewajarnya, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan, melaksanakan pelbagai aktiviti bersama keluarga, penjagaan dan keselamatan anak-anak lebih terjamin jadi manfaatkanlah ia tanpa mengabaikan keperluan kerja harian yang diberikan oleh syarikat.


6. Mencuba aktiviti atau minat baharu

Pelbagai aktiviti atau minat baharu boleh dicuba semasa berada di rumah seperti memasak, bercucuk tanam, membuat kek, belajar kemahiran bertukang, belajar kemahiran mengendalikan aplikasi media melalui penggunaan computer dan telefon bimbit dalam memudahkan dan menyiapkan kerja yang diberikan. Semua aktiviti di atas boleh dilakukan di rumah tanpa mengabaikan keperluan kerja harian yang diberikan oleh syarikat.


Keburukkan Berkerja dari Rumah 

1. Ruang kerja yang terhad

Tidak semua pekerja mempunyai ruang rumah yang luas dan dapat menyediakan ruang yang selesa sebagai tempat berkerja. Namun, dek kerana keperluan kerja harian bagi memastikan operasi syarikat dapat dijalankan, kita terpaksa juga menyediakan ruang privasi ini di rumah walaupun mungkin di ruang tamu atau di bilik dan ianya menyebabkan ketidakselesaan persekitaraan untuk berkerja kerana ruang yang terhad.

 

2. Kemudahan internet/VPN kurang memuaskan

Tidak semua kawasan rumah atau perumahan di kampung-kampung mempunyai akses internet yang baik terutamanya di pedalaman. Selain kos yang perlu ditanggung sendiri untuk membeli data atau melanggan internet.

Penggunaan VPN juga diperlukan sesetengah syarikat kebenaran mengakses sistem yang digunakan dan VPN ini lazimnya memerlukan data yang tinggi. Dan sekiranya data tidak mencukupi atau kelajuan internet tidak memuaskan menyebabkan kerja tidak dapat dilakukan dengan baik.

 

3. Tidak dapat fokus sepenuhnya dan tidak proaktif

Di rumah semua keluarga berkumpul bersama, bagi keluarga yang mempunyai ramai anak terutamanya yang masih kecil dan masih lagi dalam alam persekolahan pastinya tidak dapat memberi fokus ketika bekerja dari rumah. Ini kerana kita perlu melayani karenah anak-anak, memasak dan melakukan kerja rumah tapi pda masa yang sama ada tugasan syarikat yang perlu disiapkan. Ini menyebabkan kita tidak dapat fokus dalam bekerja.

 

4. Penyampaian kerja tidak optimum 

Terdapat kekangan-kekangan seperti yang dinyatakan di atas membuatkan kerja tidak dapat di sampaikan dengan optimum. Saling hubungkait di antara satu jabatan  dengan jabatan yang lain akan menyebabkan konflik dalam berkerja kerana tidak semua kerja boleh dilakukan melalui atas talian, ada kerja yang melibatkan komunikasi dua hala secara bersemuka. Ada juga kerja yang melibatkan fizikal seperti  bahagian pengeluaran.


5. Kekurangan alat bantu kerja seperti computer/printer/mesin fotostat/fax

Tidak semua pekerja di rumah mempunyai printer, mesin fotostat atau mesin fax. Ketidaan alat bantu kerja ini menyebabkan kerja tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

6. Peningkatan kos bil elektrik

Pastinya bekerja dari rumah menyebabkan bil elektrik meningkat kerana penggunaan tenaga elektrik yang digunakan adalah lebih banyak daripada sebelumnya. Ini kerana penggunaan komputer dan telefon bimbit adalah lebih kerap bagi tujuan kerja pejabat. Semakin banyak tenaga yang digunakan semakin meningkat bil elektrik bulanan. 

 

Kesan daripada wabak Covid-19 ini mencetus kepada perubahan norma baharu dalam melaksanakan kerja dan rutin harian. Walaubagaimana pun kesannya dapat dilihat pada sudut baik dan kurang baik.

 

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Women Empowerment❤️

Your Trusted SID,
Noora_aycha
ID :1626384

Whatsapp : Hai Cha✌🏻

Saturday, July 15, 2023

Tips Business Online 2.0

Assalamualaikum dan hai semua🩷

Harini Cha nak kongsikan tips business online 2.0. Kenapa 2.0? Sebab Cha pernah kongsi tips ni dulu. Kalau ada yang pernah baca la🫣. Kalau belum, boleh baca disini.

Buat business online ni nak cakap susah tak susah, nak cakap senang pun tak senang juga. Kalau kena caranya InsyaAllah berjaya. Jom sama-sama submit doa.

Aktif di Media Sosial

Zaman sekarang ni, semuanya online. Semua macam dah wajib ada akaun media sosial. Bila kita tiada akaun media sosial tertentu dah dicop ketinggalan zaman pula😅. Alang-alang dah ada akaun media sosial ni, kita sapu semua untuk buat marketing business online. Senang nak kasi viral kan, poket pun masyukkk! Kaching!!

Ha, korang dah ada alaun Threads ke belum? Tengah trending ni uols.



Personal Branding

Orang hanya akan percaya business kita kalau muka kita terpampang sekali dalam iklan kat media sosial kita tu. Tapi yelah kan, banyak benda kita akan fikir bila nak letak gambar kita. Lagi-lagi bila kita introvert. Mula la fikir, ‘aku ni dahla tak cantik nanti mesti orang kutuk aku’, No worries dear, zaman sekarang filter bersepah. Gunakan sahaja. 

Yang penting, kita sahut cabaran ni dan yakin pada diri sendiri. 

Muka tak bersiap pun akan nampak bersiap dengan filter kan. Ok tipu, penat Cha make up ni tau. 


Semangat Juang yang Tinggi

Apa yang Cha kongsikan pada entry kali ni sedikit sebanyak adalah untuk diri Cha sendiri. Semoga kita semua bukan sejenis hangat-hangat tahi ayam bila kita mulakan business online

Pelbagai cabaran dan halangan menanti di hadapan. Kuatkan semangat kita dan jangan mudah mengalah. Jatuh sekali tidak bermakna gagal. Jangan takut untuk mulakan langkah pertama dan keluar dari comfort zone kita. Selagi kita tidak mula, kita takkan tahu apa yang sesuai untuk kita. 

Akhir kata, berusaha selagi bernyawa. Tidak akan ada sesiapa yang akan mengubah nasib kita jika bukan diri kita sendiri.

Baca juga perkongsian tcer ain di entry terbaru beliau disini.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Women Empowerment❤️

-Love yourself before you love others-

Your Trusted SID,
Noora_aycha
ID :1626384

Whatsapp : Hai Cha✌🏻

Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚 Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah  (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda bada...