Saturday, July 15, 2023

Tips Business Online 2.0

Assalamualaikum dan hai semua🩷

Harini Cha nak kongsikan tips business online 2.0. Kenapa 2.0? Sebab Cha pernah kongsi tips ni dulu. Kalau ada yang pernah baca la🫣. Kalau belum, boleh baca disini.

Buat business online ni nak cakap susah tak susah, nak cakap senang pun tak senang juga. Kalau kena caranya InsyaAllah berjaya. Jom sama-sama submit doa.

Aktif di Media Sosial

Zaman sekarang ni, semuanya online. Semua macam dah wajib ada akaun media sosial. Bila kita tiada akaun media sosial tertentu dah dicop ketinggalan zaman pula😅. Alang-alang dah ada akaun media sosial ni, kita sapu semua untuk buat marketing business online. Senang nak kasi viral kan, poket pun masyukkk! Kaching!!

Ha, korang dah ada alaun Threads ke belum? Tengah trending ni uols.



Personal Branding

Orang hanya akan percaya business kita kalau muka kita terpampang sekali dalam iklan kat media sosial kita tu. Tapi yelah kan, banyak benda kita akan fikir bila nak letak gambar kita. Lagi-lagi bila kita introvert. Mula la fikir, ‘aku ni dahla tak cantik nanti mesti orang kutuk aku’, No worries dear, zaman sekarang filter bersepah. Gunakan sahaja. 

Yang penting, kita sahut cabaran ni dan yakin pada diri sendiri. 

Muka tak bersiap pun akan nampak bersiap dengan filter kan. Ok tipu, penat Cha make up ni tau. 


Semangat Juang yang Tinggi

Apa yang Cha kongsikan pada entry kali ni sedikit sebanyak adalah untuk diri Cha sendiri. Semoga kita semua bukan sejenis hangat-hangat tahi ayam bila kita mulakan business online

Pelbagai cabaran dan halangan menanti di hadapan. Kuatkan semangat kita dan jangan mudah mengalah. Jatuh sekali tidak bermakna gagal. Jangan takut untuk mulakan langkah pertama dan keluar dari comfort zone kita. Selagi kita tidak mula, kita takkan tahu apa yang sesuai untuk kita. 

Akhir kata, berusaha selagi bernyawa. Tidak akan ada sesiapa yang akan mengubah nasib kita jika bukan diri kita sendiri.

Baca juga perkongsian tcer ain di entry terbaru beliau disini.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Women Empowerment❤️

-Love yourself before you love others-

Your Trusted SID,
Noora_aycha
ID :1626384

Whatsapp : Hai Cha✌🏻

No comments:

Post a Comment

Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚 Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah  (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda bada...