Monday, July 17, 2023

Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚





Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda badai Covid19 pada 2020. Pandemik ini telah merencatkan kehidupan manusia. 

Masa Cha kecil dulu, keterujaan untuk berjumpa tahun 2020 amat tinggi. Yalah, Wawasan 2020 gah tertulis. Katanya, tahun 2020 nanti ada kereta terbang. 

Rupanya, perancangan Allah itu Maha Tinggi. Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar. Ramai di kalangan kita kehilangan ahli keluarga ketika berjuang melawan Covid19. 

Ada dikalangan kita yang kehilangan kerja dan sumber ekonomi kerana banyak industri terpaksa diberhentikan ketika langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk memberi laluan kepada negara untuk memutuskan penularan wabak. Tidak kurang juga ramai yang masih survive dengan bekerja dari rumah ketika itu. 

Walaupun dah diisytiharkan endemik ketika ini, masih ada lagi syarikat yang membenarkan dan menggalakkan pekerja mereka berkerja dari rumah. Ini kerana ianya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, majikqn dan pekerja.

Kebaikkan Berkerja dari Rumah

1. Masa bekerja dapat dioptimumkan

Bekerja dari rumah dapat mengoptimumkan masa berkerja dan dilakukan dalam ruang yang kecil seperti melalui bilik secara berseorangan tanpa perlu memikirkan untuk keluar rehat makan bersama rakan sekerja. Ruang tempat kerja di rumah yang kecil atau sederhana sudah memadai.


2. Dapat mengelakkan kesesakan lalulintas dan menjimatkan kos

Dengan bekerja dari rumah, kita tidak perlu bersusah payah menaiki kenderaan dan tidak perlu berhabis masa di jalanan dengan menghadap kesesakan lalu lintas seperti kebiasaannya. Ianya juga dapat menjimatkan masa dan kos minyak dan tol serta penyelenggaraan kenderaan. 


3. Masa bekerja fleksibel

Pengurusan masa bekerja dapat disusun atur dan dijadualkan dengan fleksibel disamping menguruskan rumah tangga & anak-anak bersama pasangan bagi mereka yang telah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin melakukan kerja mengikut kelapangan waktu tanpa mengabaikan keperluan kerja harian.


4. Dapat mengekang penularan Covid-19

Bekerja dari rumah adalah cara yang sangat membantu dalam penularan wabak Covid-19 kerana pergerakan dapat dikawal dan masa lebih banyak dihabiskan bersama keluarga, ianya juga dapat mengelakkan dan mengurangkan contact dengan orang lain. Sekiranya pekerjaan di lakukan di pejabat, sangat sukar untuk mengawal penularan  wabak ini kerana contact di antara rakan kerja tidak dapat di elak bagi menyelesaikan sesuatu tugasan kerja. 


5. Dapat meluangkan masa bersama keluarga

Pada masa ini lah masa banyak dihabiskan di rumah dan bersama keluarga, perhatian kepada anak-anak dapat diberikan dengan kerap, keperluan pendidikan anak-anak dapat dipenuhi sewajarnya, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan, melaksanakan pelbagai aktiviti bersama keluarga, penjagaan dan keselamatan anak-anak lebih terjamin jadi manfaatkanlah ia tanpa mengabaikan keperluan kerja harian yang diberikan oleh syarikat.


6. Mencuba aktiviti atau minat baharu

Pelbagai aktiviti atau minat baharu boleh dicuba semasa berada di rumah seperti memasak, bercucuk tanam, membuat kek, belajar kemahiran bertukang, belajar kemahiran mengendalikan aplikasi media melalui penggunaan computer dan telefon bimbit dalam memudahkan dan menyiapkan kerja yang diberikan. Semua aktiviti di atas boleh dilakukan di rumah tanpa mengabaikan keperluan kerja harian yang diberikan oleh syarikat.


Keburukkan Berkerja dari Rumah 

1. Ruang kerja yang terhad

Tidak semua pekerja mempunyai ruang rumah yang luas dan dapat menyediakan ruang yang selesa sebagai tempat berkerja. Namun, dek kerana keperluan kerja harian bagi memastikan operasi syarikat dapat dijalankan, kita terpaksa juga menyediakan ruang privasi ini di rumah walaupun mungkin di ruang tamu atau di bilik dan ianya menyebabkan ketidakselesaan persekitaraan untuk berkerja kerana ruang yang terhad.

 

2. Kemudahan internet/VPN kurang memuaskan

Tidak semua kawasan rumah atau perumahan di kampung-kampung mempunyai akses internet yang baik terutamanya di pedalaman. Selain kos yang perlu ditanggung sendiri untuk membeli data atau melanggan internet.

Penggunaan VPN juga diperlukan sesetengah syarikat kebenaran mengakses sistem yang digunakan dan VPN ini lazimnya memerlukan data yang tinggi. Dan sekiranya data tidak mencukupi atau kelajuan internet tidak memuaskan menyebabkan kerja tidak dapat dilakukan dengan baik.

 

3. Tidak dapat fokus sepenuhnya dan tidak proaktif

Di rumah semua keluarga berkumpul bersama, bagi keluarga yang mempunyai ramai anak terutamanya yang masih kecil dan masih lagi dalam alam persekolahan pastinya tidak dapat memberi fokus ketika bekerja dari rumah. Ini kerana kita perlu melayani karenah anak-anak, memasak dan melakukan kerja rumah tapi pda masa yang sama ada tugasan syarikat yang perlu disiapkan. Ini menyebabkan kita tidak dapat fokus dalam bekerja.

 

4. Penyampaian kerja tidak optimum 

Terdapat kekangan-kekangan seperti yang dinyatakan di atas membuatkan kerja tidak dapat di sampaikan dengan optimum. Saling hubungkait di antara satu jabatan  dengan jabatan yang lain akan menyebabkan konflik dalam berkerja kerana tidak semua kerja boleh dilakukan melalui atas talian, ada kerja yang melibatkan komunikasi dua hala secara bersemuka. Ada juga kerja yang melibatkan fizikal seperti  bahagian pengeluaran.


5. Kekurangan alat bantu kerja seperti computer/printer/mesin fotostat/fax

Tidak semua pekerja di rumah mempunyai printer, mesin fotostat atau mesin fax. Ketidaan alat bantu kerja ini menyebabkan kerja tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

6. Peningkatan kos bil elektrik

Pastinya bekerja dari rumah menyebabkan bil elektrik meningkat kerana penggunaan tenaga elektrik yang digunakan adalah lebih banyak daripada sebelumnya. Ini kerana penggunaan komputer dan telefon bimbit adalah lebih kerap bagi tujuan kerja pejabat. Semakin banyak tenaga yang digunakan semakin meningkat bil elektrik bulanan. 

 

Kesan daripada wabak Covid-19 ini mencetus kepada perubahan norma baharu dalam melaksanakan kerja dan rutin harian. Walaubagaimana pun kesannya dapat dilihat pada sudut baik dan kurang baik.

 

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Women Empowerment❤️

Your Trusted SID,
Noora_aycha
ID :1626384

Whatsapp : Hai Cha✌🏻

Saturday, July 15, 2023

Tips Business Online 2.0

Assalamualaikum dan hai semua🩷

Harini Cha nak kongsikan tips business online 2.0. Kenapa 2.0? Sebab Cha pernah kongsi tips ni dulu. Kalau ada yang pernah baca la🫣. Kalau belum, boleh baca disini.

Buat business online ni nak cakap susah tak susah, nak cakap senang pun tak senang juga. Kalau kena caranya InsyaAllah berjaya. Jom sama-sama submit doa.

Aktif di Media Sosial

Zaman sekarang ni, semuanya online. Semua macam dah wajib ada akaun media sosial. Bila kita tiada akaun media sosial tertentu dah dicop ketinggalan zaman pula😅. Alang-alang dah ada akaun media sosial ni, kita sapu semua untuk buat marketing business online. Senang nak kasi viral kan, poket pun masyukkk! Kaching!!

Ha, korang dah ada alaun Threads ke belum? Tengah trending ni uols.



Personal Branding

Orang hanya akan percaya business kita kalau muka kita terpampang sekali dalam iklan kat media sosial kita tu. Tapi yelah kan, banyak benda kita akan fikir bila nak letak gambar kita. Lagi-lagi bila kita introvert. Mula la fikir, ‘aku ni dahla tak cantik nanti mesti orang kutuk aku’, No worries dear, zaman sekarang filter bersepah. Gunakan sahaja. 

Yang penting, kita sahut cabaran ni dan yakin pada diri sendiri. 

Muka tak bersiap pun akan nampak bersiap dengan filter kan. Ok tipu, penat Cha make up ni tau. 


Semangat Juang yang Tinggi

Apa yang Cha kongsikan pada entry kali ni sedikit sebanyak adalah untuk diri Cha sendiri. Semoga kita semua bukan sejenis hangat-hangat tahi ayam bila kita mulakan business online

Pelbagai cabaran dan halangan menanti di hadapan. Kuatkan semangat kita dan jangan mudah mengalah. Jatuh sekali tidak bermakna gagal. Jangan takut untuk mulakan langkah pertama dan keluar dari comfort zone kita. Selagi kita tidak mula, kita takkan tahu apa yang sesuai untuk kita. 

Akhir kata, berusaha selagi bernyawa. Tidak akan ada sesiapa yang akan mengubah nasib kita jika bukan diri kita sendiri.

Baca juga perkongsian tcer ain di entry terbaru beliau disini.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Women Empowerment❤️

-Love yourself before you love others-

Your Trusted SID,
Noora_aycha
ID :1626384

Whatsapp : Hai Cha✌🏻

Thursday, June 29, 2023

Promo Vivix & ResV Shaklee



Assalamualaikum semua❤️

Kali ni Cha nak kongsikan tentang Vivix Shaklee dan juga ResV Shaklee. Cha dah consume dua-dua. Anda sudah?



Apakah itu Vivix?

Vivix adalah minuman botani yang enak. Ia merupakan campuran minuman yang terdiri daripada Anggur Muscadine,  Knotweed Jepun, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu. Vivix tidak menpunyai perisa buatan, pemanis tiruan dan pengawet buatan.


Ramuan Utama Vivix dan Manfaatnya


1. Anggur Muscadine






2. Polygonum Cuspidatum



3. Lobak Ungu

4. Elderberi Eropah


Manfaat Polifenol











Perbezaan antara Vivix dan ResV




Testimonial Vivis dan ResV












Promosi Vivix dan ResV









#ResVShaklee
#VivixShaklee
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

Yang sentiasa cantik dan ingin kekal cantik,
noora_aycha @ chachanteq
Your Trusted SID
Whatsapp : Hai Cha✌🏻

Gaya Hidup Sihat

GAYA HIDUP SIHAT

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat?
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.

Mulakan gaya hidup sihat dengan 6 langkah mudah:




Menjaga Pemakanan Seharian

Perkara yang paling penting dalam  mengamalkan gaya hidup sihat ialah corak pemakanan kita. Kita haruslah makan makanan yang seimbang.

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang? Makanan seimbang haruslah mengandungi nutrisi yang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral pada kadar yang betul. Rujuk piramid makanan untuk kadar pengambilan yang betul. 


ARAS 1

Kumpulan 1 : Karbohidrat  Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian 

Aras 1 piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang. 

ARAS 2

Kumpulan 2: Sayur-sayuran dan Buah-buahan Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 piramid makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diambil dalam jumlah banyak, dan dipelbagaikan di dalam setiap hidangan.     

ARAS 3

Kumpulan 3 : Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 piramid makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah. 

Kumpulan 4 : Hasil Tenusu  Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 piramid makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Hasil tenusu rendah lemak adalah yang terbaik untuk kesihatan kita.

ARAS 4

Kumpulan 5 : Lemak, Minyak dan Gula  Lemak, minyak dan gula, atau apa-apa makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 piramid makanan. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
Vitamin dan zat galian adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa kerperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil.

Terdapat berbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.

Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.

Baca juga entry Cha sebelum ini yang berkaitan dengan gaya hidup sihat:

Petua Kurus dengan Cara yang Sihat

Detox


Melakukan Senaman atau Riadah

Bersenam atau beriadah adalah elemen penting sekiranya kita mahu mengamalkan gaya hidup sihat ini. Apakah yang dimaksudkan dengan senaman? Senama adalah aktiviti fizikal yang disusun atau dilakukan berulang kali untu menguatkan otot, kecergasan dan fleksibiliti badan kita. 

Lakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan kita supaya tidak akan memberi kecederaan dan memudaratkan dengan kita. Ketahui had dan keupayaan badan sebelum memilih senaman. 

Berikut merupakan manfaat senaman dalam hidup kita :

🏀 Mengurangkan dan mengawal berat badan.
🏀 Membantu mengawal emosi.
🏀 Mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung.
🏀 Menguatkan otot dan tulang.
🏀 Baik untuk otak.
🏀 Membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.


Geng Zumba EM. Cha sebagai presiden EZFC🫡

Geng Hiking

Geng Running

Anak-anak pun jadi Geng Hiking ibu

Geng Cycling

Jauhkan Diri Dari Tekanan

Jika mampu, jauhkan diri dari tekanan. Tekanan akan menyebabkan kita cenderung untuk terpesong dari gaya hidup sihat.

Sebagai contoh, jika kita tertekan kita akan cenderung untuk makan makanan kurang berkhasiat dan dengan kuantiti yang banyak. 

Tekanan juga akan menggangu tidur dan emosi kita. Oleh itu, uruskan tekanan dengan cara yang betul jika kita terpaksa berdepan dengannya.

Baca entry Cha berkenaan dengan motivasi diri :

Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Rumah dan persekitaran yang bersih serta cantik mampu menaikkan semangat dan mood seseorang.
Ianya mampu memberikan positive vibes kepada kita. 

Rumah dan persekitaran yang bersih juga dapat menghindarkan diri daripada penyakit jangkitan virus dan bakteria. 

Menghindarkan Diri daripada Aktiviti Negatif

Aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan dan tidak berfaedah haruslah dijauhi. Selain membazir masa dan tenaga, aktiviti negatif mampu menjejaskan kesihatan kita dan mampu merosakkan kehidupan kita.

Contoh aktiviti negatif yang popular adalah seperti menghisap rokok dan menghisap dadah. 

Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan

Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk mengetahui status kesihatan kita. Ianya juga akan menjadi rujukan kepada kita tentang kesan dari gaya hidup yang kita amalkan. 

Kesan Sekiranya Tidak Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup yang tidak aktif dan kurang sihat akan memberi kesan kepada tahap kesihatan kita. Ianya akan menyebabkan sistem imun tidak dapat berfungsi dengan baik, peredaran darah menjadi lemah, jantung lemah, tulang rapuh dan kehilangan kekuatan dan ketahanan otot serta mudah mendapat radang. 

Oleh itu, amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih sempurna.

Baca juga perkongsian sahabat saya tentang Amalan Gaya Hidup Sihat.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

Yang sentiasa ingin sihat,
noora_aycha @ chachanteq
Your Trusted SID
Whatsapp : Hai Cha✌🏻

Thursday, June 22, 2023

Petua Hilangkan Jeragat

Kesihatan kulit adalah amat penting terutamanya kulit muka. Kulit muka yang sihat akan memberi lebih keyakinan kepada seseorang individu. 

Jom kenali jenis-jenis kulit muka. 


Jenis-jenis Kulit

🦋Kulit Normal
🦋Kulit Kering
🦋Kulit Berminyak
🦋Kulit Kombinasi
🦋Kulit Kekeringan
🦋Kulit Sensitif
🦋Kulit Berjerawat
🦋Kulit Berjeragat

Kali ini Cha nak kongsikan tentang kulit berjeragat. Bagaimana ia terjadi dan petua untuk menghalang serta mengatasi masalah kulit berjeragat ini.

Seandainya anda mengalami masalah jeragat, anda akan perasan jeragat akan timbul apabila kita berusia 30-an dan ke atas. Kenapa ya? Ini kerana kulit kita sudah matang pada usia tersebut. Maksudnya kolagen akan kurang terhasil berbanding di usia remaja kita.

Bagaimana ia terjadi? Ianya terjadi apabila kita selalu terdedah dengan sinaran UV. Kulit kita akan sedaya upaya menghasilkan lebih banyak melanin sebagai tindak balas terhadap sinaran UV. Melanin ialah pigment yang memberi kesan warna gelap pada kulit. 



Jeragat akan terbentuk sebagai bintik hitam dikenali sebagai melanosit bermula dari lapisan kulit dalam yang dikenali sebagai dermis.

Melanosit mempunyai akar yang akan bergerak ke lapisan kulit paling atas yang dikenali sebagai epidermis dan akan merebak. 

Terdapat tiga jenis jeragat iaitu : 

  1. Seborrhoeic keratoses – Timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
  2. Melasme – Tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
  3. Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher.

Cara untuk Mengelakkan Terjadinya Jeragat Pada Kulit

Pemakaian Sunblock
Seboleh-bolehnya pakailah sunblock dengan SPF yang tinggi. Semakin tinggi nilai SPF, semakin tinggi perlindungan terhadap sinaran UV. 

SPF ialah Sunscreen Protection Factor ataupun dalam Bahasa Melayu faktor perlindungan matahari melindungi kulit dari sinar UVB iaitu sejenis radiasi yang menyebabkan kulit kita terbakar akibat sinaran matahari, merosakkan kulit dan dapat menyebabkan kanser kulit. 

Pemakaian sunblock adalah penting untuk menghalang pembentukkan jeragat. Tetapi, sekiranya jeragat telah terbentuk pemakaian sunblock adalah perlu untuk menghalang pembentukkan jeragat baru.


Petua untuk Menghilangkan Jeragat

Penggunaan Skincare 
Masalah jeragat boleh di atasi dengan penggunaan skincare yang berkesan dengan cara yang betul dan konsisten adalah penting untu menghilangkan jeragat. 

Pilihlah skincare yang bersifat semulajadi yang tidak akan merosakkan kulit. Elakkan dari menggunakan produk timbang kilo yang diragui kesannya. 


Testimoni pengguna yang berjaya menghilangkan jeragat dengan skincare Youth:






Pengambilan supplement
Pengambilan supplement juga adalah sangat penting untuk merawat jeragat dari dalam. 


Fungsi penting vitamin C dalam mengatasi jeragat ialah:

  • Mencerahkan tompok jeragat dengan cepat
  • Memulihkan sel kulit mati dengan aktif dan selamat
  • Menyekat bintik hitam baru dari tumbuh semula
  • Menghalang kulit mati kesan dari sinar UV
  • Menganjalkan kulit
  • Menghilangkan parut jerawat yang akan membentuk jeragat
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E mampu menghalang sel rosak sebanyak 57%. Vitamin E akan meneutralkan kesan sinar UV yang merosakkan sel kulit. Oleh itu pengambilan vitamin E akan membantu menghilangkan jeragat dengan berkesan. 

Baca juga tips kecantikan dalam entry Cha sebelum ini : Vitamin Kulit

Selain vitamin C & vitamin E, pengambilan collagen juga sangat berkesan untuk menghilangkan jeragat. Semakin bertambah usia, penghasilan collagen dalam badan akan merosot. Oleh itu, pengambilan collagen tambahan adalah satu keperluan untuk kulit yang sihat. 

Collagen Shaklee adalah bersumberkan ikan merah dan mempunyai banyak kebaikan seperti :

💋Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
💋Mengecilkan liang-liang roma
💋Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
💋Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
💋Mengembalikan keanjalan kulit
💋Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot
💋Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman 
💋Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
💋Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
💋Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
💋Menegangkan kembali payudara dan punggung
💋Mengurangkan garis halus pada leher
💋Menguatkan gusi anda
💋Memelihara kornea mata anda daripadakering dan cepat letih
💋Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata


MANFAAT RESVERATROL KEPADA KULIT

Resveratrol adalah sejenis anti oksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kebaikan resveratrol untuk kulit yang cantik ialah:

1. Melindungi kulit daripada kerosakan
Kulit kita sentiasa diserang oleh radikal bebas, molekul yang sangat reaktif yang kedua-duanya dihasilkan oleh badan kita dan beredar di udara di sekeliling kita seperti asap dan pencemaran udara yang lain.

Resveratrol meneutralkan radikal bebas yang sedia ada supaya mereka tidak merosakkan kulit anda, dan menghalang molekul berbahaya daripada terbentuk.

2. Melegakan kulit
Toksin, pendedahan cahaya matahari, dan faktor lain boleh merosakkan kolagen dan elastin kulit anda untuk mempercepatkan penuaan, kedutan, dan kulit kendur.
Tetapi ciri-ciri anti-radang Resveratol bagus untuk menyembuhkan kulit dan membendung kerosakan kronik.

3. Menegangkan kulit
Kolagen adalah protein struktur yang utama dalam kulit kita yang menyediakan keanjalan sihat.
Apabila kita semakin tua, tahap estrogen kami beralih, dengan itu menghasilkan kurang kolagen, dan mengakibatkan kulit nipis dan kusam.
Fungsi Resveratrol seperti estrogen untuk mengekalkan tahap kolagen dan kelembapan kulit.

4. Melindungi kulit dari sinaran matahari
Cahaya matahari adalah punca utama kerosakan kulit dan penuaan dan ia menyumbang kepada tanda-tanda penuaan, termasuk pigmentasi tidak sekata, saluran darah pecah, kehilangan kolagen dan elastin, berkerut, dan kendur.
Resveratrol melindungi kulit dan menghalang kerosakan dari spektrum luas UVA dan UVB.

5. Mengekalkan sel-sel kulit yang sihat
Orang muda biasanya mempunyai kulit yang cantik dan sihat.
Sel-sel kulit lama digantikan dengan yang baru pada kadar yang luar biasa yang hanya mengambil masa kira-kira sebulan untuk perolehan sel kulit.

Walau bagaimanapun, semakin kita tua semakin perlahan kadar penggantian tersebut. Tanda-tanda penuaan seperti kulit kusam, bermula apabila sel-sel lama melebihi sel-sel baru.
Walaupun tidak ada cara untuk sepenuhnya menghentikan sel-sel kulit daripada penuaan, resveratrol menggalakkan badan anda untuk mengekalkan tisu yang sihat, yang memanjangkan jangka hayat sel-sel dan memastikan kulit anda berseri.

Promo ResV dan Vivix yang berbaloi-baloi bulan ni😍





Kulit muka yang bermasalah akan memberi kesan pada keyakinan diri kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga kecantikkan kulit wajah agar sihat dan berseri sentiasa.

#ResVShaklee
#VivixShaklee
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

Yang sentiasa cantik dan ingin kekal cantik,
noora_aycha @ chachanteq
Your Trusted SID
Whatsapp : Hai Cha✌🏻

Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚 Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah  (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda bada...