Nak Kurus dengan Cepat? Jom Baca Tips Ini!
Kurus dan wanita memang tidak asing lagi. Betul bukan? Makna kurus juga berbeza-beza buat kita. Ada yang merasa kurus adalah bila badan hanya tinggal tulang. Ada yang merasa kurus itu apabila kita mempunyai bentuk badan yang langsing.
Kadang-kadang, sudah cukup kurus pun masih menganggap diri mereka gemuk. Inilah wanita😅.
Sungguhpun begitu, berat badan yang ideal ditentukan oleh BMI. Apa itu BMI? BMI ialah body mass index ataupun indeks jisim badan. Ianya adalah kiraan nisbah berat badan dengan ketinggian.
Formula BMI = Berat (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)
Ok, berbalik kepada topik kita. Kebanyakkan wanita akan mengalami penambahan berat badan 10-20kg ketika kehamilan. Adalah amat penting sebenarnya untuk mengawal nafsu makan ketika kehamilan supaya berat badan tidak naik dengan mendadak. Ianya juga adalah untuk menjaga tahap kesihatan kita sepanjang kehamilan.
Cha juga mengalami kenaikan berat badan sebanyak 13kg sepanjang mengandung anak ke-3 baru-baru ini. Tapi Alhamdulillah, Cha berjaya mendapat kembali berat badan asal seperti sebelum mengandung.
Disini Cha kongsikan petua untuk kurus dengan cepat semasa berpantang:
Makan Makanan Sihat
Pastikan kita makan makanan yang sihat dan segar serta elakkan pengambilan makanan segera. Jaga pengambilan kalori kita dan jangan bazirkannya dengan makan makanan yang tinggi kalori tetapi tidak sihat. Lagi baik kalau kita ikut cara pantang orang Melayu yang mengamalkan pantang makanan selama 44 hari.
Kurangkan Makanan dan Minuman Bergula
Gula adalah musuh utama dalam penurunan berat badan. Perkara utama untuk kurus adalah dengan mengurangkan atau kalau mampu memberhentikan pengambilan makanan dan minuman bergula.
Cukupkan Pengambilan 2Liter Air dalam Sehari
Air kosong adalah 0 kalori dan ianya mempunyai banyak kebaikan.
Kerapkan Penyusuan Susu Ibu
Tahukah anda kita boleh kurus dengan menyusu? Ini kerana kita membakar lebih banyak kalori setiap hari melalui aktiviti penyusuan ini. Mengikut kajian, ibu yang menyusu secara eksklusif dianggarkan membakar 500 kalori sehari.
Pengambilan Produk Makanan Tambahan (Supplement) yang Lengkap
Sebelum bersalin, adalah penting untuk kita memilih produk berpantang yang berkesan. Produk tersebut mestilah bagus untuk mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, memberikan tenaga yang berpanjangan, dan juga dapat mengurangkan berat badan.
Salah satu produk pantang yang popular di pasaran ialah set berpantang Shaklee. Untuk pantang kali ini Cha memilih set pantang Shaklee kerana anak-anak sebelum ini semuanya prolonged jaundice. Jadinya Cha tidak boleh mengambil set pantang yang berasaskan herba. Maka, set pantang Shaklee ini adalah pilihan yang terbaik.
Apa yang ada dalam set pantang Shaklee ini? Jom Cha kongsikan.
1) ESP
2) Vita-C
3) Vita-Lea
4) Omega Guard
5) B-Complex Plus with Folic Acid
6) OsteNutrix
7) Alfalfa Complex
8) Zinc Plus ( tambahan)
9) ResV ( tambahan )
Kesemuanya memberi manfaat seperti berikut :
Selain dari itu, Cha kongsikan juga petua-petua untuk kurus dengan cepat secara umum.
Tips untuk kurus berkait dengan waktu:
- Sarapan sebelum 9AM setiap hari kerana metabolisme badan paling tinggi sebelum 9AM.
- Tidak mengambil buah-buahan yang tinggi kandungan gula selepas 4PM.
- Makan malam sebelum 7PM.
- Tidak mengambil karbohidrat dan buah-buahan 3 jam sebelum tidur kerana metabolisme dan sistem penghadaman berada dalam keadaan rehat. Jika memang lapar, minum minuman protein.
Jenis-jenis diet yang popular:
Diet Suku-Suku Separuh
Diet suku-suku separuh merupakan sejenis diet yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan kerana diet ini mengambil kira keseimbangan kesemua jenis kumpulan makanan.
- Suku (1/4): Protein seperti ayam, daging, ikan
- Suku (1/4): Sumber bijirin seperti nasi, mee, bihun dan lain-lain
- Separuh (1/2): Sayur-sayuran dan buah-buahan
Diet Ketogenik
Diet ketogenik atau lebih dikenali sebagai diet keto menekankan pengambilan karbohidrat yang rendah dan pengambilan protein dan lemak yang tinggi. Pembahagian makronutrisi bagi diet ini adalah 55-60% lemak, 30-35% protein dan 5-10% karbohidrat.
Diet Atkins
Diet atkins juga merupakan sejenis diet yang mengawal pengambilan karbohidrat. Berbeza dengan diet keto, diet atkins ini mempunyai 4 fasa.
Diet Intermittent Fasting
Diet intermittent fasting (IF) mengaplikasikan konsep berpuasa. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu badan membakar lemak dengan lebih cepat.
Diet Rendah Kalori
Diet jenis ini dilakukan dengan mengawal pengambilan kalori setiap hari mengikut keperluan.
Diet Detoks
Diet ini juga dikatakan salah satu diet yang berkesan. Ianya melibatkan pengambilan makanan yang mempunyai ciri-ciri detoks seperti sayur-sayuran, buah-buahan, jus, herba dan sebagainya. Produk Shaklee yang terbaik untuk detoks ialah
Alfafa dan Herblax.
Diet General MotorDiet general motor atau diet GM ini ialah sejenis diet dengan pengambilan satu jenis makanan sahaja pada satu-satu masa. Sebagai contoh, hanya makan sayur-sayuran pada hari tersebut dan esoknya hanya makan buah-buahan sahaja.
Diet Mengikut Jenis Darah
Diet ini diasaskan oleh Dr. Peter D’Adamo melalui buku Eat Right 4 Your Types.
Berikut merupakan panduan bagi diet ini.
- Darah jenis A: Mereka berdarah A perlu mengambil makanan bersumberkan tumbuhan.
- Darah jenis B: Mereka berdarah B boleh mengambil sumber tumbuhan dan daging kecuali ayam dan khinzir. Mereka dibenarkan untuk mengambil sumber tenusu tetapi perlu mengelakkan pengambilan gandum, jagung dan beberapa makanan lain.
- Darah jenis AB: Mereka dibolehkan untuk mengambil makanan laut, sumber tenusu, kacang, tofu dan bijirin.
- Darah jenis O: Mereka dibenarkan untuk mengambil protein dan sesetengah jenis sayur dan buah.
Diet Nasi
Pengamal diet ini tidak akan mengambil nasi dalam sajian harian dan mengantikannya dengan sumber karbohidrat yang lain.
Untuk kurus, 80% adalah bergantung kepada diet manakala lagi 20% adalah dari senaman fizikal. Oleh itu, disamping diet yang berkesan, kita juga harus melakukan aktiviti senaman yang bersesuaian barulah proses untuk kurus menjadi semakin cepat.
Akhir kata, semoga petua-petua di atas dapat membantu perjalanan kurus anda semua.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#Shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeBentong
-Lots of Love-
Your Trusted SID,
Noora_aycha
ID :1626384