Friday, April 7, 2023

MENU RAHMAH VITAMIN KULIT SHAKLEE❤️

Cantik itu menawan, cantik itu keyakinan❤

Cantik itu subjektif. Cantik dipandangan mata kita, tidak semestinya cantik dipandangan mata orang lain. Allah jadikan hambaNya pelbagai bentuk dan rupa kerana Dia Maha Esa. Maka kita sebagai hamba, haruslah melihat dan menilai dari sudut kebesaranNya. Mempunyai kulit yang sihat itu juga suatu kecantikan yang diidamkan oleh setiap wanita.

Berikut antara masalah kulit yang sering dialami dan menghantui kita:


1. Kulit kusam dan kering.
Sebagai sebuah negara di garisan khatulistiwa, Malaysia memgalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Cuaca panas ini menyebabkan kulit kita senang menjadi kusam dan kering serta mengelupas.

2. Kulit berjerawat dan berminya.k
Jerawat timbul apabila liang pori kulit tersumbat dengan sel kulit mati, bakteria atau kedua-duanya. Ia juga berlaku apabila badan menghasilkan terlalu banyak sebum minyak yang menghalang kulit daripada kering. Liang tersumbat boleh menyebabkan keradangan dan jerawat.

3. Kulit berjeragat.
Jeragat atau dikenali sebagai open comedo dalam bahasa perubatannya merupakan tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian kulit muka terutamanya pada dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut. Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal dan ini mungkin akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata.

Oleh itu penting untuk kita mengetahui petua-petua penting dalam menjaga kesihatan kulit untuk menghalang masalah-masalah di atas. Antaranya ialah:-

1. Mengamalkan diet yang seimbang.
Makan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan dan elakkan makanan segera.
Kita digalakkan mengamalkan pemgambilan makanan suku-suku separuh. Dimana ianya bagus untuk kulit dan berat badan kita dan juga bertepatan dengan ajaran Islam yang mengalakkan kita untuk makan secara bersederhana. Amat digalakkan untuk makan makanan yang tinggi protein seperti ayam,daging,ikan dan soya. Protein adalah bahan penting dalam proses pembaikan tisu dan pembinaan tisu baharu. Salah satu sumber protein yang baik boleh didapati dalam ESP keluaran Shaklee. ESP adalah ringkasan untuk Energizing Soy Powder.


ESP sebagai vitamin untuk kulit:
💛Mengekalkan kulit muda dan sihat.
💛Memudarkan dan menghilangkan kulit berparut, bekas jerawat dan strechmark.
💛Mencerahkan kulit badan. Kulit lebih berseri dan tidak kusam.
💛Menganjalkan dan menegangkan kulit termasuk payudara dan punggung.
💛Memperbaiki kulit berminyak dan juga kering.
💛Memudarkan jeragat.
💛Memulihkan kedutan pada kulit.
💛elambatkan proses penuaan kulit.
💛Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
💛Kuku juga menjadi lebih cantik dan sihat.Tidak mudah patah atau berkupik kulit di sekitar.

Testimonial ESP :


2. Pengambilan air kosong yang mencukupi.
Minum air secukupnya untuk kekal hidrasi dan untuk mengekalkan kelembapan kulit agar kelihatan segar dan sihat. Pengambilan air adalah mengikut Rules of Thumbs di mana 1 Liter air diperlukan untuk setiap 25kg berat badan. Jauhkan minuman bergula dan bergas.

3. Penggunaan produk penjagaan kulit bebas bahan kimia.
Pemilihan produk penjagaan kulit amatlah penting bagi menghalang kerosakkan kulit. Terlampau banyak produk timbang kilo yang menjanjikan kesan segera berada dipasaran pada ketika ini. Oleh itu, kita harus bijak memilih. Fikir dahulu sebelum membeli. Sebagai contoh, penggunaan produk yang mengandungi merkuri secara berpanjangan berpotensi menyebabkan kegagalan ginjal, gangguan mental dan juga masalah keradangan kulit. Pastikan kita mencuci muka dengan betul dan menggunakan krim pelindungan cahaya matahari (SPF) setiap hari untuk menghindari kerosakan kulit. Produk penjagaan kulit, Youth dari Shaklee merupakan salah satu produk penjagaan muka yang lengkap dan bebas bahan kimia.
Testimonial Youth:


4. Pengambilan vitamin untuk kulit.
Vitamin C,D,E dan K adalah vitamin yang diperlukan kulit. Ianya boleh didapati di dalam menu diet seimbang kita setiap hari. Walaubagaimanapun, sekiranya diet kita kurang atau tidak seimbang, kita harus menambah sumber vitamin menerusi pengambilan makanan tambahan. Antara produk vitamin C yang popular juga dikenali sebagai vitamin kulit ialah Vita-C shaklee.


Kelebihan Vita-C Shaklee
💛1 tablet mengandungi kandungan Vitamin C lebih tinggi iaitu 500mg.
💛Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif kerana sumber dari ekstrak jagung.
💛Sustained release – bermaksud mempunyai sistem perlepasan berperingkat. (500mg per 5 jam) iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam selama 5 jam.
💛Sebotol mampu bertahan sehingga 6 bulan (1 Tablet sehari.
Testimonial Vita-C :
Secara kesimpulannya, untuk kekal cantik kita harus berusaha untuk menjaga kesihatan diri kita dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Buat pengetahuan semua, Shaklee berbesar hati melancarkan Promo Rahmah set cantik Shaklee yang mengandungi ESP dan Vita-C dengan harga hanya yang sangat murah pada bulan ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Promo Rahmah :
Untuk tambahan info boleh baca di Vitamin Kulit


Berminat nak cantik tapi poket tak cantik? Jom dapatkan vitamin kulit harga Rahmah ini dengan segera . Klik : Saya Nak Cantik!




#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

-Noora_aycha-

1 comment:

Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚 Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah  (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda bada...