Wednesday, April 19, 2023

Insentif Shaklee Malaysia

Assalamualaikum semua. 

Dah baca perkongsian Cha untuk topik Business Online?
Kali ni Cha nak kongsikan kesinambungan dari topik tersebut. 

Topik ini membuatkan semangat Cha berkobar-kobar untuk terus mengaktifkan diri dalam bisnes Shaklee ni. Cha harap anda semua pun akan bersemangat. Ha nak tahu topik apa? Topik kali ini berkenaan dengan insentif Shaklee.  Stay tune ya☺️

Apa itu insentif? Insentif ialah sesuatu yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan. Jadi, insentif Shaklee ini semestinya sangat menarik untuk kita lepaskan.

Dalam perkongsian lepas iaitu Business Online Cha ada kongsikan beberapa insentif Shaklee seperti cash bonus, car bonus dan convention trip (3C). Tapi kali ini Cha nak kongsikan insentif Shaklee yang lain pula. Pemurahkan Shaklee ni? Menarik ke menarik sangat kalau sertai Shaklee ni?

Field Incentive Program FY2024 (FIP) - Supervisor Monthly Challenge 
Beberapa hari lepas Shaklee mengumumkan insentif yang terbaru iaitu Field Incentive Program FY2024 (FIP) - Supervisor Monthly Challenge yang bermula pada April 2023 sehingga Jun 2023

Semua Shaklee Independent Distributor, SID termasuk Cha ataupun dengan bahasa mudahnya ahli-ahli baru Shaklee layak untuk menyertai program ini. 

Hadiahnya adalah ganjaran tunai sebanyak RM600. Menarik bukan? Macam mana Cha dan anda semua nak dapatkan insentif Shaklee ini? Sebelum tu kita kena tahu kategori program ini terlebih dahulu.

Kategori pertama- SID mesti pertama kali rank up ke supervisor atau senior supervisor dalam bulan April 2023 - Jun 2023 dan haruslah efektif dua bulan berturut-turut selepas rank up. 
Kategori kedua-
Supervisor dan senior supervisor yang tidak efektif sepanjang Januari 2023-Mac 2023 dengan syarat wajib efektif semula pada kategori supervisor atau senior supervisor (mengikut base rank) sepanjang April 2023 - Jun 2023.
Kategori ketiga-
Supervisor dan senior supervisor yang pernah efektif sepanjang Januari 2023 - Mac 2023 dengan syarat perlu rank up dalam masa April 2023 - Jun 2023 dan kekal efektif dua bulan berturut-turut pada rank yang baru.

Jom semua, tetapkan goal kita dan fight untuk bonus tunai RM600. Ayuh bangkit! 



Star Achiever Award ( STA)
Selain itu, insentif Shaklee yang lain ialah anugerah Star Achiever. Untuk melayakkan diri memenangi anugerah ini, business leader (ini untuk pangkat supervisor dan ke atas) haruslah kekal efektif sepanjang kitaran tahun ini iaitu dari April 2023 - Mac 2024. 

Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf business leader yang bersusah payah mengembangkan perniagaan Shaklee dan memimpin kumpulan di bawahnya. Semoga berjaya semua leader-leader! Jom jadi bintang yang bersinar dalam Shaklee✨

Incentive Trip
Insentif Shaklee yang seterusnya ini juga khas untuk business leader yang berjaya melepasi terma dan syarat tertentu. Setiap tahun Shaklee akan buat dua incentive trip, satu lawatan antarabangsa satu lagi lawatan serantau. Trip seterusnya adalah ke Osaka, Nara, Kyoto Jepun dan pelayaran Royal Carribean Singapura ke Phuket. Seronoknya!
 


Ya Allah, serius seronok kalau ada rezeki dapat berjalan ke negara orang secara percuma. Teringat memori 11 tahun dulu dimana Cha dihantar oleh syarikat ke Itali selama sebulan setengah. Semua kos ditanggung syarikat tapi kita terikat dengan kontrak selama setahun. Kalau berhenti kerja dalam masa setahun kena bayar kos ganti rugi. Ni Shaklee bagi trip percuma tanpa kontrak. Terbaiklah! Jom pasang impian untuk travel bersama Shaklee. Berangan itu percuma ya😍

Semoga dalam kita mencapai matlamat kesihatan kita, apa kata kalau kita bina empayar pendapatan kita bersama Shaklee. Ingat, dengan Shaklee kita boleh tentukan berapa pendapatan yang kita mahu dengan syarat kita harus berusaha dan terus berusaha.



Bacaan tambahan mengenai Insentif Shaklee Malaysia di sini. 

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Salam sayang❤️

Yang selalu berimpian,
noora_aycha
Your Trusted SID
ID :1626384

No comments:

Post a Comment