Saturday, April 29, 2023

Beraya Tanpa Risau Bersama Shaklee

Selamat Hari Raya semua❤️

Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma, 
Ada tingkah menoreh luka, 
Maka maafkanlah kesilapan saya.

Alhamdulillah, selesai 30 hari kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Semoga segala kerja keras kita dalam beribadat diterima oleh Allah. 

Apa khabar berat badan dan kesihatan kita selepas berpuasa? Mesti bertambah baik kan? Cha harap ianya dapat berkekalan walaupun selepas hari raya. Atau mungkin Cha kena tanya khabar lagi selepas sebulan nanti🫣.

Ya Allah, sedapnya lemang dan ketupat palas. Makan pula dengan rendang. Alangkah nikmatnya hari raya. Rambang mata memilih juadah. Tekak pula meminta-minta untuk merasa semua. Harapnya dapatlah melantak tanpa lupa daratan. 

Sedar tak sedar, kolestrol pula meningkat. Apatah lagi tekanan darah. Lemak menepu dan terus meningkatkan berat badan. Tepuk dahi. Tapi semuanya sudah terlambat. Nasi sudah pun menjadi bubur. Nak turun semula akan ambil masa.

Oleh itu, sebelum kita lupa daratan. Persiapkanlah diri kita dengan supplement yang sesuai. 

Anda ada love-hate relationship dengan kolestrol? Wajib baca ni ok!


Omega Guard
Omega Guard Shaklee mengandungi lemak Omega-3 dari ikan yang diperlukan untuk menyokong fungsi tubuh. Baik untuk kesihatan jantung, otak, sendi dan juga bagus untuk kehamilan. 

Tapi disini kita fokuskan untuk kesihatan jantung dahulu. Omega-3 berfungsi mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. 

EPA dan DHA di dalam Omega-3 membantu mengekalkan paras kolestrol dan tekanan darah. Ia juga membantu pengaliran darah yang lebih baik seterusnya mengekalkan degupan jantung yang sihat. 

Phytocol
Merupakan satu-satunya vitamin Shaklee yang mengandungi plant sterol yang ditemui dalam tumbuhan, sayuran, buah dan bijian. 

Sterol membantu mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL) sera meningkatkan paras kolestrol baik (HDL) secara semulajadi. Yang menariknya, ianya juga menghalang penyerapan kolestrol dari dalam makanan ke dalam salur darah. 

Ha, memang wajib ada kan dua-dua vitamin Shaklee ni dalam sepanjang raya ni. Kolestrol terjaga, jantung sihat, hati senang. Lagi-lagi sekarang ni memang tengah ada promosi. Rugi tak rebut!



Selesai bab nak jaga kolestrol. Sekarang ni bab nak jaga beray badan pula. Dah penat-penat pasang badan masa puasa tapi bila raya terus berat badan naik mendadak. Sedih kan?
Jadinya kena siap-siap bawa balik kampung vitamin Shaklee ni pula. Jangan tertinggal tau!


Herb-lax
Bila dah sumbat semua makanan raya, perut mulalah rasa tak selesa dan mengalami masalah penghadaman. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan Herb-lax.

Istimewanya Herb-lax Shaklee, ia mengandungi bahan-bahan semulajadi iaitu daun senna, kulit pokok buckthorn, likuoris, daun alfalfa, akar culver, jintan hitam, jintan manis, akar rhubarb dan bungan mallow biru. 

Fungsi Herb-lax adalah:
  • Sebagai pelawas
  • Membantu mengurangkan masalah sembelit
  • Mencuci usus secara lembut dan semulajadi
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mengurangkan bau mulut
  • Membuang lemak dan toksin dalam badan
  • Menjadikan badan rasa lebih ringan dan cergas
  • Membantu mengurangkan penyerapan lemak dalam organ
  • Membantu mengurangkan masalah jeragat dan jerawat
  • Membantu mengempiskan perut
Melihat kepada fungsi-fungsinya, Herb-lax adalah detoks terbaik yang diperlukan sepanjang kita beraya kan?

Lecithin
Lecithin ialah pengemulsi semulajadi dari kacang soya yang membantu memecahkan lemak dalam proses penghadaman. Pengemulsi bermaksud, ia boleh mengapungkan lemak dan minyak dan menghalangnya daripada bercampur dengan bahan lain. Maka, kita bolehlah makan makanan raya tanpa rasa bersalah😂

Ha, terbaik kan supplement Shaklee ni? Jom cuba pada yang belum pernah mencuba. Pasti anda jatuh cinta kali pertama dan dah tak pandang yang lain🥰


Jom sihat, jom kurus di hari raya bersama Shaklee. Baca juga, info menarik dari sahabat Shaklee Cha : Raya-raya bersama Shaklee


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Salam 0-0, 
noora_aycha
Your Trusted SID
ID :1626384









No comments:

Post a Comment