Assalamualaikum semua❤️
Lepas raya, ramai berlumba-lumba untuk cukupkan Puasa 6. Dah habis puasa dah? Alhamdulillah. Tahniah buat yang dah habis. Pada yang belum, ayuh kita!
Bila dah habis puasa 6 ni, banyaklah jemputan ke rumah terbuka kan?Maklumlah dulu masa PKP tak dapat buat rumah terbuka. Apa-apa pun, jaga diri dan jaga kesihatan ya. Jangan lupa, ambil supplement tau supaya kita dapat beraya tanpa risau.
Gunakan kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahim sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Maafkan segala salah dan silap yang pernah berlaku. InsyaAllah, Syawal ini akan memberi 1001 syafaat kepada kita.
Cha pun tidak terlepas peluang untuk menghadiri jemputan rumah terbuka jabatan pengeluaran di syarikat Cha bekerja. Majlis diadakan di Embun Luxury Villas , Janda Baik. Tempatnya memang cantiklah! Makanan pun sedap.
Tahun ini pertama kali Cha cuti bersalin 3 bulan. Maklumlah, baru tahun ini pekerja swasta dapat cuti bersalin 3 bulan. Jadinya, Cha masih bercuti sepanjang Syawal ni. Bila dapat jemputan rumah terbuka macam ni Cha memang seronoklah. Seronok nak jumpa kawan-kawan gosip Cha😄. Rindu!
Melepaskan rindu dengan kawan-kawan gosip. |
Semangat nak ambil makanan tapi tak semua makanan boleh makan😅 |
Berpantang makanan ni tak semua yang dapat terima. Ianya bergantung kepada penerimaan masing-masing. Ada yang langsung tidak berpantang, ada yang masih mengamalkan pantang makan 44 hari, 100 hari dan setahun. Kita hormati dan sokong pilihan masing-masing ya. Tak nak gaduh-gaduh.
Nama sahaja jamuan hari raya, tapi kami selitkan sekali aktiviti bertukar-tukar hadiah, anugerah pakaian tercantik dan sesi bergambar. Maklumlah waktu bekerja masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Masa ni lah nak all out!
Production Department. |
Fine Wire Division - the one and the only Princess🫅🏻 |
Tapi beberapa hari sebelum majlis rumah terbuka ni, Cha terlebih dahulu beraya di hospital. Kenangan yang memang takkan dilupakan. Balik dari kampung, baby batuk, selsema dan nafas laju. Mula-mula kami ke klinik swasta, tapi disebabkan oleh baby belum cukup dua bulan, doktor sarankan kami terus ke hospital.
Maka kami teruslah ke hospital yang terdekat dan memang kena tahan wad. Berkampunglah kami selama empat hari di wad kanak-kanak. Pesakit datang dan pergi, wad penuh. Penangan hari raya dan juga cuaca yang amat ekstrem.
Nak jaga baby yang tak sihat memang mencabar. Jadi, ibu kena kuat dan sihat. Memang sepanjang di wad Cha tak lupa makan Vita-C dan minum air masak secukupnya. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik sepanjang berada di wad dan setelah keluar hospital.
Serius sungguh model Vita-C ni😅 |
Cuaca panas melampau ni dijangka akan berterusan sehingga bulan Jun. Jadi, jangan lupa jaga kesihatan ya semua.
Jom baca juga perkongsian hari raya sahabat Cha disini.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha
Rayakan sebulan,
No comments:
Post a Comment