Tuesday, May 23, 2023

Cara Nak Dapatkan Vitamin Shaklee Percuma

Assalamualaikum sahabat Cha semua🦋

Alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini❤️. Terima kasih Allah untuk nikmat kesihatan yang Kau berikan kepada kami semua. 

Apa khabar semua? Cha baru recover dari batuk dan selsema.  Dah sihat ni kena la cari masa untuk ber’me-time’. Nak healing orang kata🫣. 

Healing di Spa🫣

Nikmat kesihatan ni bila Allah tarik, seksa dia ya ampun. Tuhan sahaja yang tahu. Tapi kita anggap ianya satu peringatan supaya kita lebih mengingatiNya. Yang penting kita usaha, ikhtiar dan tawakal. 

Salah satu ikhtiar adalah dengan pengambilan suppliment. Cha faham ini bukanlah pelaburan yang mudah kerana ianya melibatkan kos. Tapi jika kita tahu jalan dan berusaha insyaAllah kita mampu. 

Salah satu cara ialah dengan menjadi ahli Shaklee. Kalau anda belum mendaftar sebagai ahli boleh daftar di sini. Tapi jika anda sudah mendaftar dan keahlian tamat tempoh sila rujuk entry Cha sebelum ini di sini.

Bila kita dah jadi ahli Shaklee, kita boleh membeli supplement Shaklee dengan harga ahli iaitu harga yang lagi murah dari pasaran. Selain itu kita akan dapat cash rebate.Cash rebate itulah yang kita akan gunakan untuk beli supplement lagi dan lagi dan lagi. Haaa nampak tak?kita tak perlu keluarkan duit kita sendiri untuk beli supplement. Tapi Shaklee sendiri yang bayarkan untuk kita. Jadi ianya percuma☺️

Semakin banyak pembelian, semakin banyak cash rebate yang kita akan dapat. Lagi-lagi kalau kita dapat bina bisnes dengan Shaklee. Boleh dapat dua hingga lima angka pendapatan tau. Baca juga entry Cha berkenaan bisnes Shaklee di sini.

Selain itu, kadang-kadang Shaklee ni suka buat promosi gila-gila. Masa promosi ni lah kita kena grab sebab memang jimat banyak. Kadang-kadang tak masuk akal promonya sebab kita boleh dapat barang percuma terus. Jimat ratus-ratus pula. Tak percaya? Meh Cha tunjuk promo bulan ni yang terlajak murah!

Promo Set Rahmah : 
Harga Promo : RM 99 untuk Vita-C + ESP
Jom kita lihat harga kalau tiada promo :
Vita-C RM 92, manakala ESP pula RM139
Jumlah untuk 2 barang ini jika tiada promo RM231

Jadi, beli Set Rahmah ni macam dapat ESP percuma kan?

Lebih perkongsian mengenai Promo Rahmah di sini.

Nak tengok lagi tak?

Promo Youth :
Harga promo untuk Serum + Gel Mask + Clay Mask RM337
Harga jika tiada promo,
Serum RM337 + Gel Mask RM121 + Clay Mask RM121
Jumlah RM579 ( jimat RM242 ) 
Seronoknya dapat barang percuma harga ratus😍





Dan banyak lagi promo menarik sepanjang May2023 di sini.

Seronok kan tengok promo-promo macam ni. Dapat cash rebate, dapat barang percuma. Jom jadi ahli Shaklee sekarang supaya anda tak terlepas perluang untuk dapatkan promo-promo menarik ini❤️

Baca juga perkongsian sahabat Cha mengenai vitamin Shaklee di sini.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha


Jumpa lagi,

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID
WhatsApp : Hai Cha


Monday, May 22, 2023

Cara Memperbaharui Keahlian Shaklee ( Renewal Shaklee Membership)

Assalamualaikum sahabat kesayangan Cha semua❤️

Cepat sungguh masa berlalu. Syawal telah melabuhkan tirai dan kebanyakkan dari kita sudah pun kembali sibuk dengan rutin harian masing-masing. Alhamdulillah. Dah nak masuk bulan Jun maksudnya dah hampir separuh tahun 2023 kita dah lalui. 

Hmmmm…
Tahun ni tahun yang agak mencabar dari segi kewangan kan? Mana tidaknya, banyak duit perlu digunakan untuk anak sekolah, bulan puasa dan seterusnya untuk meraikan aidilfitri. Di khabarkan pula dengan kenaikan OPR lagi. Pening kepala dibuatnya. 

Mungkin ada diantara kita terpaksa melupakan hasrat untuk topup supplement disebabkan oleh faktor kewangan lantas menyebabkan keahlian tamat tempoh. Atau mungkin juga cinta lama bertaut kembali. Dulu-dulu pernah ambil Shaklee tapi terpaksa tinggalkan atas faktor-faktor tertentu dan sekarang ingin kembali kepada Shaklee. 

Jangan risau, disini Cha akan kongsikan cara mudah untuk Renewal Shaklee Membership. 

KEAHLIAN SHAKLEE

Pendaftaran keahlian Shaklee adalah seumur hidup tetapi setiap ahli haruslah mengaktifkan keahlian setiap tahun pada hari lahir kita yang seterusnya atau dengan kata lainnya tarikh tamat keahlian tahun berikutnya adalah pada hari lahir kita tahun tersebut. 

Senang kan nak ingat?Ingat tarikh lahir ingat kena buat renewal Shaklee membershipMacam kena ingat renew driving license masa hari lahir. Sama kan!hehe


Cara Pertama :
Pergi kemana-mana branch Shaklee berdekatan dengan kita. Buat pembelian sebarang produk Shaklee dengan minimum RM30 di kaunter dan jangan lupa bagitau staff kaunter nak buat renewal Shaklee membership ya!

Senarai cawangan Shaklee : Selamat Datang ke Shaklee☘️

Cara Kedua : 
Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hari lahir (maksudnya 3 bulan sebelum tamat keahlian) secara online. Syarat minimum pembelian adalah sama iaitu sebanyak RM30 sahaja. 

Dan siap!
Dah boleh terus shopping di website Shaklee dengan harga ahli. Jimat banyak tau! Jadilah pengguna bijak sepanjang masa✌🏻. Pembelian melebihi RM300 percuma kos penghantaran tau. Jimat RM10😊

Cara Ketiga :
Kalau dah rasa buntu sangat macam mana nak renew? Hubungi sahaja upline kita. InsyaAllah mereka dapat membantu. Nak contact Cha pun boleh : Hai Cha✌🏻

Nota kaki: sekiranya keahlian anda sudah lama tamat tempoh. Anda perlu daftar semula dengan bayaran RM35. 

Jom Cha kongsikan pula soalan-soalan berkenaan dengan Renewal Shaklee Membership. 

🍃Apa akan jadi jika saya tidak aktifkan akaun saya selepas expired?
• Akaun anda akan luput selepas 6 bulan. 

🍃Bolehkah saya renew membership selepas akaun saya expired?

• Boleh! Shaklee beri tempoh selama tiga bulan untuk anda aktifkan kembali akaun dengan membuat bayaran RM35.

🍃Kalau saya buat belian 100uv in single resit pada salah satu tarikh dalam tiga bulan itu. Adakah ianya dikira?

• Ya! Dan pastikan anda memilih untuk memperbaharui. 

👉🏻 Bolehkah 100uv tu secara transfer uv?

• Transfer uv TIDAK dikira utk 100uv tu. Anda mesti buat pembelian 100uv dalam SATU RESIT menggunakan ID anda sendiri.

👉🏻 Bagaimana nak renew membership tu.

• Ada 2 cara. Secara ONLINE atau WALKIN ke Branch.

👉🏻 Boleh ke upline bantu untuk renew membership?

•  Sekiranya anda perlukan bantuan, sila hubungi Upline anda. 

👉🏻 Apa akan jadi jika selepas 6 bulan saya masih tak aktifkan kembali akaun saya?

• Automatik akaun anda akan dibatalkan. Anda dikehendaki mendaftar semula dengan yuran RM35. 
.
👉🏻 Apa akan jadi jika LEBIH setahun saya tidak renew keahlian saya?
• Akaun anda akan luput. Perlu register semula untuk menjadi ahli Shaklee.
• Untuk SID tempoh bertenang selama 6 bulan dan Leader tempoh bertenang selama setahun.

👉🏻 Adakah hanya Distributor sahaja yang perlu aktifkan kembali akaun ni.

• TIDAK, Semua AHLI TAK KIRA APA PUN RANK termasuk MASTER perlu lakukan yang sama.

Pastikan anda buat Renewal Shaklee Membership ni setiap tahun tau. Pada yang dah lupa apa kelebihan menjadi ahli Shaklee boleh rujuk entry Cha sebelum ni : Bestnya jadi Shaklee Members.


Nak tahu lebih lanjut jom baca juga perkongsian sahabat Cha di sini.

Oh ya! Mak-mak, ayah-ayah kat luar sana jangan lupa tau. Minggu depan dah nak start cuti sekolah. Sediakan fizikal dan mental yang kuat untuk kita bergembira dengan anak-anak tersayang sepanjang bercuti. Happy holiday!


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID

Friday, May 12, 2023

Hello, New You!


Hello New You!
Perjalanan transformasi anda bermula di sini. 
Di Shaklee.

Ada tak di antara pembaca disini yang dah pun sertai program ini dan dah beli set Hello New You?
Kalau dah ada, Cha nak ucapkan tahniah! Tahniah kerana telah berjaya mengambil langkah pertama untuk bertanggungjawab atas kesihatan anda. Alhamdulillah. 

Apa sebenarnya program Hello New You ni?
Program ini adalah satu program untuk membantu anda semua mengurangkan atau mengekalkan berat badan dengan sistematik. Ia menggabungkan produk-produk dengan nutrisi seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman yang berkesan.

Siapa yang sesuai untuk menyertai program Hello New You ni?

💚Anda yang ingin menguruskan berat badan dengan lebih sihat.

💚Anda yang ingin membentuk tubuh badan dengan lebih menawan.

💚Anda yang ingin meningkatkan tenaga dan ingin merasa hebat.

💚Anda yang ingin menambah baik sistem pencernaan.

💚Anda yang ingin mengembalikan keyakinan.

💚Anda yang ingin menjadi lebih fokus dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja.

Ada ke yang dah berjaya dalam program Hello New You ni?
Mestilah ada. Jom kita baca testimonial pengguna yang dah berjaya.

Siti Maimunah Binti Baharudin
Turun 40kg
Dari 4XL ke M




Hasma Binti Hussain
Turun 15kg
Mendapat semula keyakinan diri.

Nak tengok lagi?

Norsyaheera Binti Young Rockie
Turun 11kg
Rasa lebih segar dan lebih ringan!

Michael Tan Chun Chet
Turun 20kg
Turun 20kg dalam 2 bulan!

Meh Cha kongsikan Shaklee effect Cha pula:

Turun 14 kg dalam masa sebulan
Baca disini : Kurus Dengan Shaklee

Ha, rasa lebih bersemangat tak tengok kejayaan mereka? Jika mereka boleh, anda pun boleh kan! Program Hello New You terbukti berkesan.

 Jadi, nak tahu dengan lebih mendalam apa yang best sangat program Hello New You ni?

1. Produk dengan Nutrisi Seimbang

Set Hello New You terdiri daripada : Omega Guard, Lecithin, Herb-lax dan Cinch Café Latte serta FOC Shaklee Shaker dan Cinch Vanila.

Manfaat Omega Guard, Lecithin dan Herb-lax ada Cha kongsikan dalam perkongsian sebelum ini : 

Manfaat Cinch Shaklee




2. Pelan Puasa yang Fleksibel
Menggabungkan konsep puasa berkala selama 12jam atau lebih. Gunakan manfaat berpuasa untuk melaraskan semula sistem badan kita. 

Apa yang berlaku pada badan kita ketika berpuasa?

4-8 Jam Berpuasa
☘️ Paras gula dalam badan menurun.
☘️ Semua makanan di dalam perut sudah dicerna. 
☘️ Insulin tidak lagi dihasilkan. 

12 Jam Berpuasa
☘️ Makanan yang diambil telah dibakar.
☘️ Sistem pencernaan berehat. 
☘️ Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) untuk penghasilan dan regenerasi sel mula meningkat. 
☘️ Glukagon dirembeskan untuk menyeimbangkan paras  gula dalam darah.

14 Jam Berpuasa
☘️ Lemak yang disimpan ditukarkan untuk tenaga.
☘️ Meningkatkan lagi Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH)

16 Jam Berpuasa
☘️ Badan sedang meningkatkan pembakaran lemak. 

3. Pemakanan Seimbang dan Senaman

Pelan Hidangan 12:12 Shaklee
Apa itu pelan hidangan 12:12 Shaklee? Ia adalah pelan 12 jam makan dan 12 jam berpuasa seperti di bawah:

🌸 Sarapan (8AM-9AM)
Ambil Cinch Shake. Cinch Shake mengandungi Leusina untuk membantu membakar lemak, membina otot tanpa lemak, mengekalkan rasa kenyang dan mengurangkan nafsu makan.

🌸 Makan Tengah Hari (12PM-1PM)
Amalkan konsep suku-suku separuh.

Diet Suku-Suku Separuh
Diet suku-suku separuh merupakan sejenis diet yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan kerana diet ini mengambil kira keseimbangan kesemua jenis kumpulan makanan. 
  1. Suku (1/4): Protein seperti ayam, daging, ikan
  2. Suku (1/4): Sumber bijirin seperti nasi, mee, bihun dan lain-lain
  3. Separuh (1/2): Sayur-sayuran dan buah-buahan

🌸 Senaman (4PM-5PM)
Ambil ESP sebagai minuman sebelum atau selepas bersenam untuk meningkatkan tenaga dan mempercepatkan pemulihan otot. 

🌸 Makan Malam (6PM-7PM)
Ambil Cinch Shake untuk kekal kenyang pada waktu malam. Omega Guard untuk mengekalkan berat badan sihat serta Herb-lax yang menyokong sistem detox badan.

🌸 Waktu Berpuasa/Tidur (8PM-7AM)
Ambil Alfalfa Complex dan DTX sebelum tidur untuk mendapatkan badan yang lebih segar keesokkan harinya. 


Selamat tinggal lemak, hello menawan pastinya dengan program Hello New You

Disini Cha kongsikan juga promo-promo Shaklee sepanjang May ini. Jangan lepaskan peluang. 









Ingat New You ingat Shaklee. Ingat Shaklee ingat New You!

Ia MUDAH.

Ia FLEKSIBEL. 

Ia SELAMAT. 

Ia TERBUKTI.

Jadi, dapatkan set Hello New You sekarang : Whatsapp Cha ok😉

Lagi banyak perkongsian mengenai set Hello New You disini.

Di kesempatan ini juga, Cha ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu diluar sana yang berjuang setiap hari dalam membesarkan anak-anak. Jaga diri jaga kesihatan demi yang tersayang ok!

Selamat Hari Ibu 👱🏻‍♀️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha


Hello New Me❤️, 
noora_aycha
Your Trusted SID


Tuesday, May 9, 2023

Hari Raya Open House 2023



 Assalamualaikum semua❤️

Lepas raya, ramai berlumba-lumba untuk cukupkan Puasa 6. Dah habis puasa dah? Alhamdulillah. Tahniah buat yang dah habis. Pada yang belum, ayuh kita!

Bila dah habis puasa 6 ni, banyaklah jemputan ke rumah terbuka kan?Maklumlah dulu masa PKP tak dapat buat rumah terbuka. Apa-apa pun, jaga diri dan jaga kesihatan ya. Jangan lupa, ambil supplement tau supaya kita dapat beraya tanpa risau.

Gunakan kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahim sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Maafkan segala salah dan silap yang pernah berlaku. InsyaAllah, Syawal ini akan memberi 1001 syafaat kepada kita. 



Cha pun tidak terlepas peluang untuk menghadiri jemputan rumah terbuka jabatan pengeluaran di syarikat Cha bekerja. Majlis diadakan di Embun Luxury Villas , Janda Baik. Tempatnya memang cantiklah! Makanan pun sedap.

Tahun ini pertama kali Cha cuti bersalin 3 bulan. Maklumlah, baru tahun ini pekerja swasta dapat cuti bersalin 3 bulan. Jadinya, Cha masih bercuti sepanjang Syawal ni. Bila dapat jemputan rumah terbuka macam ni Cha memang seronoklah. Seronok nak jumpa kawan-kawan gosip Cha😄. Rindu!

Melepaskan rindu dengan kawan-kawan gosip.


Yang tak seronoknya tak dapat makan makanan raya sangat sebab baru 60 hari lepas bersalin. Ada makanan yang masih kena pantang. Jadinya terpaksa makan makanan yang biasa-biasa sahaja sambil mendengar bebelan kakak-kakak di meja makan. Kelakar bila kakak-kakak ni sport check pinggan😅

Semangat nak ambil makanan tapi tak semua makanan boleh makan😅


Berpantang makanan ni tak semua yang dapat terima. Ianya bergantung kepada penerimaan masing-masing. Ada yang langsung tidak berpantang, ada yang masih mengamalkan pantang makan 44 hari, 100 hari dan setahun. Kita hormati dan sokong pilihan masing-masing ya. Tak nak gaduh-gaduh.

Nama sahaja jamuan hari raya, tapi kami selitkan sekali aktiviti bertukar-tukar hadiah, anugerah pakaian tercantik dan sesi bergambar. Maklumlah waktu bekerja masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Masa ni lah nak all out!


Production Department.


Fine Wire Division - the one and the only Princess🫅🏻

Tapi beberapa hari sebelum majlis rumah terbuka ni, Cha terlebih dahulu beraya di hospital. Kenangan yang memang takkan dilupakan. Balik dari kampung, baby batuk, selsema dan nafas laju. Mula-mula kami ke klinik swasta, tapi disebabkan oleh baby belum cukup dua bulan, doktor sarankan kami terus ke hospital. 

Maka kami teruslah ke hospital yang terdekat dan memang kena tahan wad. Berkampunglah kami selama empat hari di wad kanak-kanak. Pesakit datang dan pergi, wad penuh. Penangan hari raya dan juga cuaca yang amat ekstrem. 

Nak jaga baby yang tak sihat memang mencabar. Jadi, ibu kena kuat dan sihat. Memang sepanjang di wad Cha tak lupa makan Vita-C dan minum air masak secukupnya. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik sepanjang berada di wad dan setelah keluar hospital. 

Serius sungguh model Vita-C ni😅




Cuaca panas melampau ni dijangka akan berterusan sehingga bulan Jun. Jadi, jangan lupa jaga kesihatan ya semua.

Jom baca juga perkongsian hari raya sahabat Cha disini.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha


Rayakan sebulan, 
noora_aycha
Your Trusted SID


Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua💚 Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah  (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda bada...