GAYA HIDUP SIHAT
Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat?
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
Mulakan gaya hidup sihat dengan 6 langkah mudah:
Menjaga Pemakanan Seharian
Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah corak pemakanan kita. Kita haruslah makan makanan yang seimbang.
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang? Makanan seimbang haruslah mengandungi nutrisi yang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral pada kadar yang betul. Rujuk piramid makanan untuk kadar pengambilan yang betul.
ARAS 1
Kumpulan 1 : Karbohidrat Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Aras 1 piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Kumpulan 2: Sayur-sayuran dan Buah-buahan Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 piramid makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diambil dalam jumlah banyak, dan dipelbagaikan di dalam setiap hidangan.

ARAS 3
Kumpulan 3 : Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 piramid makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Kumpulan 4 : Hasil Tenusu Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 piramid makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Hasil tenusu rendah lemak adalah yang terbaik untuk kesihatan kita.
ARAS 4
Kumpulan 5 : Lemak, Minyak dan Gula Lemak, minyak dan gula, atau apa-apa makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 piramid makanan. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
Vitamin dan zat galian adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa kerperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil.
Terdapat berbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.
Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.

Baca juga entry Cha sebelum ini yang berkaitan dengan gaya hidup sihat:
Melakukan Senaman atau Riadah
Bersenam atau beriadah adalah elemen penting sekiranya kita mahu mengamalkan gaya hidup sihat ini. Apakah yang dimaksudkan dengan senaman? Senama adalah aktiviti fizikal yang disusun atau dilakukan berulang kali untu menguatkan otot, kecergasan dan fleksibiliti badan kita.
Lakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan kita supaya tidak akan memberi kecederaan dan memudaratkan dengan kita. Ketahui had dan keupayaan badan sebelum memilih senaman.
Berikut merupakan manfaat senaman dalam hidup kita :
🏀 Mengurangkan dan mengawal berat badan.
🏀 Membantu mengawal emosi.
🏀 Mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung.
🏀 Menguatkan otot dan tulang.
🏀 Baik untuk otak.
🏀 Membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.
Geng Zumba EM. Cha sebagai presiden EZFC🫡 |
Geng Hiking |
Geng Running |
Anak-anak pun jadi Geng Hiking ibu |
Geng Cycling |
Jauhkan Diri Dari Tekanan
Jika mampu, jauhkan diri dari tekanan. Tekanan akan menyebabkan kita cenderung untuk terpesong dari gaya hidup sihat.
Sebagai contoh, jika kita tertekan kita akan cenderung untuk makan makanan kurang berkhasiat dan dengan kuantiti yang banyak.
Tekanan juga akan menggangu tidur dan emosi kita. Oleh itu, uruskan tekanan dengan cara yang betul jika kita terpaksa berdepan dengannya.
Baca entry Cha berkenaan dengan motivasi diri :
Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Rumah dan persekitaran yang bersih serta cantik mampu menaikkan semangat dan mood seseorang.
Ianya mampu memberikan positive vibes kepada kita.
Rumah dan persekitaran yang bersih juga dapat menghindarkan diri daripada penyakit jangkitan virus dan bakteria.
Menghindarkan Diri daripada Aktiviti Negatif
Aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan dan tidak berfaedah haruslah dijauhi. Selain membazir masa dan tenaga, aktiviti negatif mampu menjejaskan kesihatan kita dan mampu merosakkan kehidupan kita.
Contoh aktiviti negatif yang popular adalah seperti menghisap rokok dan menghisap dadah.
Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk mengetahui status kesihatan kita. Ianya juga akan menjadi rujukan kepada kita tentang kesan dari gaya hidup yang kita amalkan.
Kesan Sekiranya Tidak Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup yang tidak aktif dan kurang sihat akan memberi kesan kepada tahap kesihatan kita. Ianya akan menyebabkan sistem imun tidak dapat berfungsi dengan baik, peredaran darah menjadi lemah, jantung lemah, tulang rapuh dan kehilangan kekuatan dan ketahanan otot serta mudah mendapat radang.
Oleh itu, amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih sempurna.
Baca juga perkongsian sahabat saya tentang Amalan Gaya Hidup Sihat.
No comments:
Post a Comment