Assalamualaikum semua❤️
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini dan masih diberi kesempatan untuk menulis. Alhamdulillah ala kulli haal.
Sebenarnya dah lama Cha nak kongsikan pengalaman pertama Cha TTC, mengandung, berpantang dan menyusu dengan Shaklee. Alhamdulillah diberi kesempatan kali ini unruk menulis. Nak kata ini adalah testimoni Shaklee Cha juga lah. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada pembaca dan sebagai kenangan terindah buat Cha.
TTC, Try to Conceive?
Cha sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata lelaki penyeri hidup yang masing-masing berusia 9 tahun dan 6 tahun pada tahun ini (2023). Pregnancy Cha kali ini adalah zuriat yang ketiga. Alhamdulillah.
Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk hamil kembali selepas lima tahun bersenang lenang. Tetapi atas permintaan suami, ku turutkan jua. Cha bukan yang jenis cepat lekat maka kena berusaha lebih sikit😅.
Bila dah buat keputusan untuk mengandung Cha terus makan B-Complex Plus with Folic Acid Shaklee. Kandungan folic acid ialah sebanyak 213mcg untuk setiap biji. Hanya perlu ambil sebiji sehari. Folic acid ni kena ambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung untuk membantu kesuburan.
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mencuba. Double line! Positif! Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ketika itu. Bercampur baur. Cha teruskan makan B-Complex Plus with Folic Acid Shaklee sepanjang Cha mengandung. Alhamdulillah tak mabuk teruk dan bertenanga sepanjang hari.
Bila dah double line ni Cha terus ambil set mengandung supaya Cha kekal sihat dan bertenaga serta supaya bayi dalam kandungan juga sihat dan sempurna.
Dulu masa Cha mengandungkan anak pertama dan kedua selalu ada masalah kekejangan. Sekarang dah tiada masalah kejang sebab dalam set mengandung ada ostematrix.
Satu lagi masalah Cha masa mengandung anak pertama dan kedua adalah HB low. Dah la ada asma, masalah HB lagi. Jadinya memang kena checkup dua minggu sekali. Alhamdulillah lepas ambil set hamil ni untuk anak ketiga, HB Cha cun melecun!
Banyak pahit manis sepanjang mengandungkan kesemua zuriat amanah Allah ini. Semoga ia menjadi sumber kekuatan Cha sepanjang membesarkan mereka.
Cha doakan untuk semua yang tengah berjuang untuk TTC, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah.
It’s a girl! Finally, Fuh!
Bila dah masuk bulan ke-7 kehamilan, Cha buat combo scan iaitu details scan dan 3D scan. Sekarang dah banyak klinik-klinik swasta yang sediakan pakej ultrasound scan. Ada yang single pakej ada yang combo pakej. Bergantung kepada bajet kita. Tapi suka Cha ingatkan, ianya bergantung kepada usia kandungan kita. Jangan lupa survey dulu ya!
Cha buat appoinment scan di Poliklinik Dr. Medic, Ampang. Servis dia memang tip-top dan klinik sangat selesa. Sonographer perempuan dan peramah jadinya memang Cha enjoy sepanjang sesi scan. Tibalah masa yang ditunggu-ditunggu. Puan, nak tahu jantina atau nak surprise? Dalam hati mestilah nak tahu sebab dah tak sabar nak shopping baju baby🫢.
Dan akhirnya…ibu, 100% baby girl!
Berpantang dengan Shaklee
Kali ni Cha pantang sendiri. Cuma ambil confinement lady untuk 14 hari. Selebihnya memang uruskan semuanya sendiri.
Jadi Cha memang dah rancang untuk ambil set pantang Shaklee sebab pantang sendiri ni memang perlukan tenaga berganda. Lagipula anak-anak sebelum ni semuanya ada prolonged jaundice dan anak ketiga pun mungkin sama (dan memang sama pun, 40 hari baru bebas jaundice). Maka Cha kena ambil set pantang yang bukan berasaskan herba.
Alhamdulillah dengan set pantang Shaklee, luka Cha cepat sembuh, Cha bertenaga sepanjang hari walaupun tak cukup tidur, susu meriah dan tiada masalah kekejangan. Yang paling Cha suka, berat badan hilang 10kg!
Target Breastfeeding Dua Tahun
Di saat Cha menulis ni umur baby dah masuk 3 bulan dan Cha masih dapat menyusu baby. Perjalanan masih panjang tapi Cha doa Cha mampu menyusukan baby sehingga dua tahun. Doaka Cha juga ya☺️
Bila dah bekerja kembali banyak pula rintangannya. Cha ikhtiar dengan ESP, semoga susu meriah sentiasa walaupun sibuk bekerja.
My Syurga, My Nyawa❤️ |
Nak baca lagi tak testimoni shaklee sahabat Cha yang lain? Jom baca testimoni Ain.
No comments:
Post a Comment