Assalamualaikum sahabat kesayangan Cha semua❤️
Cepat sungguh masa berlalu. Syawal telah melabuhkan tirai dan kebanyakkan dari kita sudah pun kembali sibuk dengan rutin harian masing-masing. Alhamdulillah. Dah nak masuk bulan Jun maksudnya dah hampir separuh tahun 2023 kita dah lalui.
Hmmmm…
Tahun ni tahun yang agak mencabar dari segi kewangan kan? Mana tidaknya, banyak duit perlu digunakan untuk anak sekolah, bulan puasa dan seterusnya untuk meraikan aidilfitri. Di khabarkan pula dengan kenaikan OPR lagi. Pening kepala dibuatnya.
Mungkin ada diantara kita terpaksa melupakan hasrat untuk topup supplement disebabkan oleh faktor kewangan lantas menyebabkan keahlian tamat tempoh. Atau mungkin juga cinta lama bertaut kembali. Dulu-dulu pernah ambil Shaklee tapi terpaksa tinggalkan atas faktor-faktor tertentu dan sekarang ingin kembali kepada Shaklee.
Jangan risau, disini Cha akan kongsikan cara mudah untuk Renewal Shaklee Membership.
KEAHLIAN SHAKLEE
Pendaftaran keahlian Shaklee adalah seumur hidup tetapi setiap ahli haruslah mengaktifkan keahlian setiap tahun pada hari lahir kita yang seterusnya atau dengan kata lainnya tarikh tamat keahlian tahun berikutnya adalah pada hari lahir kita tahun tersebut.
Senang kan nak ingat?Ingat tarikh lahir ingat kena buat renewal Shaklee membership. Macam kena ingat renew driving license masa hari lahir. Sama kan!hehe
Cara Pertama :
Pergi kemana-mana branch Shaklee berdekatan dengan kita. Buat pembelian sebarang produk Shaklee dengan minimum RM30 di kaunter dan jangan lupa bagitau staff kaunter nak buat renewal Shaklee membership ya!
Cara Kedua :
Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hari lahir (maksudnya 3 bulan sebelum tamat keahlian) secara online. Syarat minimum pembelian adalah sama iaitu sebanyak RM30 sahaja.
Dan siap!
Dah boleh terus shopping di website Shaklee dengan harga ahli. Jimat banyak tau! Jadilah pengguna bijak sepanjang masa✌🏻. Pembelian melebihi RM300 percuma kos penghantaran tau. Jimat RM10😊
Cara Ketiga :
Kalau dah rasa buntu sangat macam mana nak renew? Hubungi sahaja upline kita. InsyaAllah mereka dapat membantu. Nak contact Cha pun boleh : Hai Cha✌🏻
Nota kaki: sekiranya keahlian anda sudah lama tamat tempoh. Anda perlu daftar semula dengan bayaran RM35.
Jom Cha kongsikan pula soalan-soalan berkenaan dengan Renewal Shaklee Membership.
🍃Apa akan jadi jika saya tidak aktifkan akaun saya selepas expired?
• Akaun anda akan luput selepas 6 bulan.
🍃Bolehkah saya renew membership selepas akaun saya expired?
• Boleh! Shaklee beri tempoh selama tiga bulan untuk anda aktifkan kembali akaun dengan membuat bayaran RM35.
🍃Kalau saya buat belian 100uv in single resit pada salah satu tarikh dalam tiga bulan itu. Adakah ianya dikira?
• Ya! Dan pastikan anda memilih untuk memperbaharui.
👉🏻 Bolehkah 100uv tu secara transfer uv?
• Transfer uv TIDAK dikira utk 100uv tu. Anda mesti buat pembelian 100uv dalam SATU RESIT menggunakan ID anda sendiri.
👉🏻 Bagaimana nak renew membership tu.
• Ada 2 cara. Secara ONLINE atau WALKIN ke Branch.
👉🏻 Boleh ke upline bantu untuk renew membership?
• Sekiranya anda perlukan bantuan, sila hubungi Upline anda.
👉🏻 Apa akan jadi jika selepas 6 bulan saya masih tak aktifkan kembali akaun saya?
• Automatik akaun anda akan dibatalkan. Anda dikehendaki mendaftar semula dengan yuran RM35.
.
👉🏻 Apa akan jadi jika LEBIH setahun saya tidak renew keahlian saya?
• Akaun anda akan luput. Perlu register semula untuk menjadi ahli Shaklee.
• Untuk SID tempoh bertenang selama 6 bulan dan Leader tempoh bertenang selama setahun.
👉🏻 Adakah hanya Distributor sahaja yang perlu aktifkan kembali akaun ni.
• TIDAK, Semua AHLI TAK KIRA APA PUN RANK termasuk MASTER perlu lakukan yang sama.
Pastikan anda buat Renewal Shaklee Membership ni setiap tahun tau. Pada yang dah lupa apa kelebihan menjadi ahli Shaklee boleh rujuk entry Cha sebelum ni : Bestnya jadi Shaklee Members.
Nak tahu lebih lanjut jom baca juga perkongsian sahabat Cha di sini.
Oh ya! Mak-mak, ayah-ayah kat luar sana jangan lupa tau. Minggu depan dah nak start cuti sekolah. Sediakan fizikal dan mental yang kuat untuk kita bergembira dengan anak-anak tersayang sepanjang bercuti. Happy holiday!
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha
XO,
noora_aycha
Your Trusted SID
No comments:
Post a Comment