Monday, June 12, 2023

It’s a girl๐Ÿ‘ถ๐Ÿป. My Shaklee Baby❤️

Assalamualaikum semua❤️
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini dan masih diberi kesempatan untuk menulis. Alhamdulillah ala kulli haal.

Sebenarnya dah lama Cha nak kongsikan pengalaman pertama Cha TTC, mengandung, berpantang dan menyusu dengan Shaklee. Alhamdulillah diberi kesempatan kali ini unruk menulis. Nak kata ini adalah testimoni Shaklee Cha juga lah. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada pembaca dan sebagai kenangan terindah buat Cha.

TTC, Try to Conceive?

Cha sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata lelaki penyeri hidup yang masing-masing berusia 9 tahun dan 6 tahun pada tahun ini (2023). Pregnancy Cha kali ini adalah zuriat yang ketiga. Alhamdulillah. 

Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk hamil kembali selepas lima tahun bersenang lenang. Tetapi atas permintaan suami, ku turutkan jua. Cha bukan yang jenis cepat lekat maka kena berusaha lebih sikit๐Ÿ˜….

Bila dah buat keputusan untuk mengandung Cha terus makan B-Complex Plus with Folic Acid Shaklee. Kandungan folic acid ialah sebanyak 213mcg untuk setiap biji. Hanya perlu ambil sebiji sehari. Folic acid ni kena ambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung untuk membantu kesuburan.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mencuba. Double line! Positif! Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ketika itu. Bercampur baur. Cha teruskan makan B-Complex Plus with Folic Acid Shaklee sepanjang Cha mengandung. Alhamdulillah tak mabuk teruk dan bertenanga sepanjang hari. 


Bila dah double line ni Cha terus ambil set mengandung supaya Cha kekal sihat dan bertenaga serta supaya bayi dalam kandungan juga sihat dan sempurna. 

Dulu masa Cha mengandungkan anak pertama dan kedua selalu ada masalah kekejangan. Sekarang dah tiada masalah kejang sebab dalam set mengandung ada ostematrix. 

Satu lagi masalah Cha masa mengandung anak pertama dan kedua adalah HB low. Dah la ada asma, masalah HB lagi. Jadinya memang kena checkup dua minggu sekali. Alhamdulillah lepas ambil set hamil ni untuk anak ketiga, HB Cha cun melecun!




Banyak pahit manis sepanjang mengandungkan kesemua zuriat amanah Allah ini. Semoga ia menjadi sumber kekuatan Cha sepanjang membesarkan mereka. 

Cha doakan untuk semua yang tengah berjuang untuk TTC, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah. 

It’s a girl! Finally, Fuh!

Bila dah masuk bulan ke-7 kehamilan, Cha buat combo scan iaitu details scan  dan 3D scan. Sekarang dah banyak klinik-klinik swasta yang sediakan pakej ultrasound scan. Ada yang single pakej ada yang combo pakej. Bergantung kepada bajet kita. Tapi suka Cha ingatkan, ianya bergantung kepada usia kandungan kita. Jangan lupa survey dulu ya!

Cha buat appoinment scan di Poliklinik Dr. Medic, Ampang. Servis dia memang tip-top dan klinik sangat selesa. Sonographer perempuan dan peramah jadinya memang Cha enjoy sepanjang sesi scan. Tibalah masa yang ditunggu-ditunggu. Puan, nak tahu jantina atau nak surprise? Dalam hati mestilah nak tahu sebab dah tak sabar nak shopping baju baby๐Ÿซข. 

Dan akhirnya…ibu, 100% baby girl!



Berpantang dengan Shaklee

Kali ni Cha pantang sendiri. Cuma ambil confinement lady untuk 14 hari. Selebihnya memang uruskan semuanya sendiri. 
Jadi Cha memang dah rancang untuk ambil set pantang Shaklee sebab pantang sendiri ni memang perlukan tenaga berganda. Lagipula anak-anak sebelum ni semuanya ada prolonged jaundice dan anak ketiga pun mungkin sama (dan memang sama pun, 40 hari baru bebas jaundice). Maka Cha kena ambil set pantang yang bukan berasaskan herba. 

Alhamdulillah dengan set pantang Shaklee, luka Cha cepat sembuh, Cha bertenaga sepanjang hari walaupun tak cukup tidur, susu meriah dan tiada masalah kekejangan. Yang paling Cha suka, berat badan hilang 10kg!




Target Breastfeeding Dua Tahun

Di saat Cha menulis ni umur baby dah masuk 3 bulan dan Cha masih dapat menyusu baby. Perjalanan masih panjang tapi Cha doa Cha mampu menyusukan baby sehingga dua tahun. Doaka Cha juga ya☺️

Bila dah bekerja kembali banyak pula rintangannya. Cha ikhtiar dengan ESP, semoga susu meriah sentiasa walaupun sibuk bekerja. 


Kalau tak keberatan, kongsikan juga tips menyusu anda di ruangan komen ya. Terima kasih❤️

My Syurga, My Nyawa❤️

Nak baca lagi tak testimoni shaklee sahabat Cha yang lain? Jom baca testimoni Ain.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID

Friday, June 9, 2023

Pengedar Shaklee Bentong, Pahang

Assalamualaikum dan hai semua๐Ÿ‘‹๐Ÿป

Salam perkenalan buat pembaca yang belum mengenali diri ini. 

Cha adalah pengedar Shaklee Bentong, Pahang. Jadi, sekirannya ada pembaca yang sedang mencari produk-produk Shaklee yang berdekatan dengan Cha boleh hubungi Cha ya!

Tekan sahaja link di bawak ok๐Ÿซฐ๐Ÿป
Whatsapp : Hai Cha

Hai uols✌๐Ÿป


Nak tahu apa produk best seller Shaklee?



Shaklee pun ada jual set tau untuk senangkan pengguna. Bila dah ada set ni tak perlu pening nak pikir satu-satu produk apa yang kita perlukan untuk selesaikan masalah kita. 

Antara set yang ada ialah :- 
๐ŸŒธ Set Kesuburan
๐ŸŒธ Set Kehamilan
๐ŸŒธ Set Pantang
๐ŸŒธ Set Penyusuan
๐ŸŒธ Set Migrain
๐ŸŒธ Set Cantik Menawan
๐ŸŒธ Set Kurus
๐ŸŒธ Set Vitamin Dewasa
๐ŸŒธ Set Vitamin Kanak-kanak
๐ŸŒธ Set Skin Care

Anda berminat set apa?ataupun set apa yang boleh selesaikan masalah anda?Nak Cha bantu? Jangan lupa klik link whatsapp di atas☺️.

Anda juga boleh melawat laman web Shaklee untuk tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee : https://www.shaklee.com.my/

Orang Seri Manjung, Perak nak cari atau nak cuba Shaklee boleh hubungi Tcer Ain Pengedar Shaklee Seri Manjung. Orangnya cantik dan baik hati pula.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID
ID : 1626384

Friday, June 2, 2023

Motivasi Diri : MySelfCare Recipe

Assalamualaikum semua. Cha doakan semua yang membaca coretan Cha ni dimurahkan rezeki seluas lautan, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

Oh ya, kepada bakal haji. Semoga mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan kembali. Alhamdulillah, seronok Cha dengar ada dikalangan sahabat Cha yang mendapat panggilan haji. Seronok tak terkata. Manakan tidak, diusia 30an ini Allah telah menjemput menjadi tetamu di rumahNya. 

Tak keruan hati ini bila diberi tugasan blog kali ini. Kami semua ditugaskan untuk menulis kata-kata motivasi. Sungguh mencabar rasanya. Manakan tidak, diri ini bukanlah pakar motivasi yang petah berkata-kata. Bukan jua kaunselor yang sentiasa dengan positif vibesnya. Sebelum memotivasikan orang lain, diri sendiri perlu termotivasi terlebih dahulu. 



Kekuatan kita tak sama. Kadang-kadang mungkin ada yang terkesan, termotivasi dengan kata-kata motivasi. Kadang-kadang, kita hanya akan termotivasi dengan hanya melihat kejayaan ataupun kekuatan orang lain. Apapun jua cara kita, bermotivasi lah sentiasa agar hidup kita sentiasa bahagia dan kesihatan mental kita terjaga. 




Sebagai wanita bekerjaya mahupun suri rumah bahkan sebagai seorang ibu, kesihatan mental sangat penting. Kenapa ia penting?kerana kesihatan mental kita akan memberi kesan kepada diri kita sendiri dan juga kepada orang sekeliling kita. 

Ramai dikalangan kita yang mengalami depresi dan anxiety antara sedar ataupun tidak sedar. Jangan pernah malu untuk berjumpa pakar psikologi ataupun jangan pernah takut dicop gila bila kita menghadiri sesi kaunseling.

Depresi adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Depresi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Depresi juga dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon iaitu paras hormon kortisol yang tinggi dan kurang penghasilan serotonin yang menyebabkan simptom depresi.

Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang boleh memberikan ancaman. Perasaan ini boleh memberikan kesedaran supaya bersedia menghadapi perkara yang dibimbangi itu. Apabila berasa terancam, tindak balas kimia akan membuatkan jasad bertindak bagi mengelakkan kecederaan yang dipanggil ‘fight or flight’. Ketika ini, otak akan bertindak balas terhadap ancaman tersebut lalu merembeskan hormon adrenalin dan kortisol. 

Walaupun ancaman tersebut kadang-kala bukannya nyata dan hanya dalam fikiran, rembesan hormon-hormon ini akan memberikan simptom anxiety. Hanya apabila ancaman tersebut hilang dan tiada lagi perkara yang perlu dibimbangi, jasad akan kembali menjadi normal. Bagi seseorang yang mengalami masalah anxiety, kebimbangan terhadap ancaman tidak berlalu pergi malah menjadi semakin kuat kerana kerap difikirkan. Setiap orang akan mengalami anxiety selalunya mengalami simptom yang berbeza-beza berdasarkan keupayaan seseorang mengendalikan kebimbangan tersebut.

Depresi dan anxiety mempunyai simpton yang nyata iaitu seperti menghadapi kesukaran untuk tidur, kesedihan dan keletihan yang melampau, perubahan selera makan, hilang fokus dan minat serta fikiran bercelaru yang boleh menjurus ke arah rasa ingin bunuh diri.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengatasi atau mengelak masalah depresi dan anxiety ini dengan sentiasa berpikiran positif, tingkatkan motivasi diri serta cari cara yang sesuai untuk hilangkan tekanan seperti bersukan, makan makanan sihat ataupun pergi bercuti dan mendekatkan diri dengan tuhan.



Tipu rasanya jika hidup kita tak pernah rasa koyak atau tidak pernah merasa jatuh. Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Bersedialah untuk berada di mana-mana posisi dan harungilah dengan tabah dan penuh kesabaran. Bila di atas, jangan pernah merasa bongkak serta bangga dan bila di bawah teruskan merasa cukup. Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat hidup dari sang pencipta.

Sayangi diri kita sebelum kita menyayangi orang lain kerana tiada siapa yang akan sayang diri kita lebih dari kita sayang diri kita sendiri. Ini juga akan menjadikan kita lebih menghargai hidup kita. Tidak ada salahnya jika sesekali kita mementingkan diri kita berbanding orang lain. Hadiahkan diri kita juga dengan ‘me-time’ atau ‘self-rewards’ kerana diri kita  terlalu layak untuk itu. 


Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Hargailah setiap saat dan jadikannya memori indah dalam hidup kita. Kerana saat yang sama tidak akan berulang. 



Akhir kalam, semoga yang baik-baik mengiringi kita semua sepanjang hidup di dunia ini. Semoga Allah hadirkan insan yang baik-baik disekeliling kita yang akan memimpin kita ke syurga kelak. Mudah-mudahan apa yang disampaikan dalam entry kali ini akan memberi manfaat kepada semua. 




#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID
ID a:1626384
WhatsApp : Hai Cha

Thursday, June 1, 2023

Vita-Lea Kepada Vita-Lize. Multivitamin Shaklee Kini Berwajah Baru!

Assalamualaikum semua๐Ÿ‘‹๐Ÿป

Psstttt..
Cha nak bagitahu sesuatu ni. Multivitamin Shaklee, Vita-Lea Iron Plus akan berwajah baru dan dijenamakan semula dengan nama Vita-Lize. 


Kenapa perlu tukar nama? Kan Vita-Lea dah 100 tahun berada dipasaran?
Seiring dengan penjenamaan semula, Shaklee menggunakan formulasi baharu untuk multivitamin Shaklee ini. Oleh itu, Vita-Lize adalah improved-version untuk Vita-Lea. 



Apakah perbezaan antara multivitamin ShakleeVita-Lea dan Vita-Lize?
Untuk formulasi baharu ini, terdapat pengurangan pada Vitamin A, peningkatan pada Vitamin D dan Folic Acid. Vitamin K1 dimasukkan manakala Tin, Vanadium dan Nickel dikeluarkan dalam improved-version ini. Boleh rujuk gambar rajah dibawah untuk penerangan lanjut. 



Siapakah yang memerlukan multivitamin Shaklee, Vita-Lize?
Vita-Lize mengandungi 25 multivitamin & mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Jadi orang yang memerlukan Vita-Lize ialah :
☘️ Orang dewasa yang sibuk.
☘️ Orang dewasa yang tertekan.
☘️ Orang dewasa yang kekurangan berat badan. 
☘️ Orang dewasa yang aktif.
☘️ Orang dewasa yang tidak mengamalkan diet seimbang.
☘️ Ibu mengandung dan menyusu bayi. 





Kenapa kita perlu mengambil multivitamin Shaklee, Vita-Lize?
Jika anda salah seorang dari senarai di atas, anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral di dalam badan dan anda memerlukan Vita-Lize sebagai suplemen anda. Multivitamin adalah nutrisi penting untuk kesihatan yang optimum.

Apakah fungsi, khasiat dan kebaikan pengambilan multivitamin Shaklee, Vita-Lize setiap hari?
๐Ÿƒ Mengisi jurang nutrisi untuk kesihatan yang optimum.
๐Ÿƒ Meningkatkan tenaga.
๐Ÿƒ Mengurangkan tekanan dan anxiety.
๐Ÿƒ Iodin  membantu pertumbuhan hormon tubuh yang sihat           serta membantu meningkatkan mood
๐Ÿƒ Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah.
๐Ÿƒ Magnesium membantu meningkatkan sistem saraf dan fungsi otot. 
๐Ÿƒ Vitamin A membantu meningkatkan kesihatan mata.
๐Ÿƒ Vitamin B membantu meningkatkan daya ingatan dan fokus.
๐Ÿƒ Kalsium dan Vitamin D menyokong pembentukan tulang dan gigi.
๐Ÿƒ Vitamin C memberikan rambut yang kuat dan kulit yang sihat serta mengurangkan risiko jangkitan kuman dan virus.
๐Ÿƒ Zink membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan meningkatkan imun badan. 

Apakah contoh masalah yang timbul jika kekurangan vitamin dan mineral di dalam badan?
Kekurangan vitamin dan mineral di dalam badan boleh menggangu sistem dan fungsi badan kita dan menjadikan kita kurang sihat.

a) Kekurangan Vitamin A
๐Ÿ’Š Gangguan penglihatan.
๐Ÿ’Š Masalah kulit. 
๐Ÿ’Š Menganggu perkembangan janin.
๐Ÿ’Š Daya tahan tubuh menurun. 

b) Kekurangan Vitamin D
๐Ÿ’Š Tulang rapuh. 
๐Ÿ’Š Mudah mengalami depresi.
๐Ÿ’Š Menganggu fungsi otak.
๐Ÿ’Š Meningkatkan risiko penyakit jantung. 

C) Kekurangan Kalsium
๐Ÿ’Š Menyebabkan kekebasan.
๐Ÿ’Š Ganguan psikologi seperti mudah lupa dan depresi.
๐Ÿ’Š Rambut dan kuku mudah rapuh. 
๐Ÿ’Š Meningkatkan risiko osteoporosis.

Bilakah multivitamin Shaklee, Vita-Lize akan berada di pasaran dan berapakah harganya?
Vita-Lize akan berada di pasaran pada Julai 2023 dan harganya belum dapat dipastikan tetapi dianggarkan sekitar harga Vita-Lea yang berharga RM98.75. 

Sekiranya ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Vita-Lize ataupun berminat untuk membeli Vita-Lize boleh hubungi Cha disini.

Baca juga perkongsian sahabat Cha mengenai multivitamin Shaklee, Vita-Lize di sini.

Nota kaki: 
Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum
pengambilan suplemen kesihatan.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

Jumpa lagi,

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID
ID a:1626384
WhatsApp : Hai Cha

Tuesday, May 23, 2023

Cara Nak Dapatkan Vitamin Shaklee Percuma

Assalamualaikum sahabat Cha semua๐Ÿฆ‹

Alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini❤️. Terima kasih Allah untuk nikmat kesihatan yang Kau berikan kepada kami semua. 

Apa khabar semua? Cha baru recover dari batuk dan selsema.  Dah sihat ni kena la cari masa untuk ber’me-time’. Nak healing orang kata๐Ÿซฃ. 

Healing di Spa๐Ÿซฃ

Nikmat kesihatan ni bila Allah tarik, seksa dia ya ampun. Tuhan sahaja yang tahu. Tapi kita anggap ianya satu peringatan supaya kita lebih mengingatiNya. Yang penting kita usaha, ikhtiar dan tawakal. 

Salah satu ikhtiar adalah dengan pengambilan suppliment. Cha faham ini bukanlah pelaburan yang mudah kerana ianya melibatkan kos. Tapi jika kita tahu jalan dan berusaha insyaAllah kita mampu. 

Salah satu cara ialah dengan menjadi ahli Shaklee. Kalau anda belum mendaftar sebagai ahli boleh daftar di sini. Tapi jika anda sudah mendaftar dan keahlian tamat tempoh sila rujuk entry Cha sebelum ini di sini.

Bila kita dah jadi ahli Shaklee, kita boleh membeli supplement Shaklee dengan harga ahli iaitu harga yang lagi murah dari pasaran. Selain itu kita akan dapat cash rebate.Cash rebate itulah yang kita akan gunakan untuk beli supplement lagi dan lagi dan lagi. Haaa nampak tak?kita tak perlu keluarkan duit kita sendiri untuk beli supplement. Tapi Shaklee sendiri yang bayarkan untuk kita. Jadi ianya percuma☺️

Semakin banyak pembelian, semakin banyak cash rebate yang kita akan dapat. Lagi-lagi kalau kita dapat bina bisnes dengan Shaklee. Boleh dapat dua hingga lima angka pendapatan tau. Baca juga entry Cha berkenaan bisnes Shaklee di sini.

Selain itu, kadang-kadang Shaklee ni suka buat promosi gila-gila. Masa promosi ni lah kita kena grab sebab memang jimat banyak. Kadang-kadang tak masuk akal promonya sebab kita boleh dapat barang percuma terus. Jimat ratus-ratus pula. Tak percaya? Meh Cha tunjuk promo bulan ni yang terlajak murah!

Promo Set Rahmah : 
Harga Promo : RM 99 untuk Vita-C + ESP
Jom kita lihat harga kalau tiada promo :
Vita-C RM 92, manakala ESP pula RM139
Jumlah untuk 2 barang ini jika tiada promo RM231

Jadi, beli Set Rahmah ni macam dapat ESP percuma kan?

Lebih perkongsian mengenai Promo Rahmah di sini.

Nak tengok lagi tak?

Promo Youth :
Harga promo untuk Serum + Gel Mask + Clay Mask RM337
Harga jika tiada promo,
Serum RM337 + Gel Mask RM121 + Clay Mask RM121
Jumlah RM579 ( jimat RM242 ) 
Seronoknya dapat barang percuma harga ratus๐Ÿ˜





Dan banyak lagi promo menarik sepanjang May2023 di sini.

Seronok kan tengok promo-promo macam ni. Dapat cash rebate, dapat barang percuma. Jom jadi ahli Shaklee sekarang supaya anda tak terlepas perluang untuk dapatkan promo-promo menarik ini❤️

Baca juga perkongsian sahabat Cha mengenai vitamin Shaklee di sini.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha


Jumpa lagi,

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID
WhatsApp : Hai Cha


Monday, May 22, 2023

Cara Memperbaharui Keahlian Shaklee ( Renewal Shaklee Membership)

Assalamualaikum sahabat kesayangan Cha semua❤️

Cepat sungguh masa berlalu. Syawal telah melabuhkan tirai dan kebanyakkan dari kita sudah pun kembali sibuk dengan rutin harian masing-masing. Alhamdulillah. Dah nak masuk bulan Jun maksudnya dah hampir separuh tahun 2023 kita dah lalui. 

Hmmmm…
Tahun ni tahun yang agak mencabar dari segi kewangan kan? Mana tidaknya, banyak duit perlu digunakan untuk anak sekolah, bulan puasa dan seterusnya untuk meraikan aidilfitri. Di khabarkan pula dengan kenaikan OPR lagi. Pening kepala dibuatnya. 

Mungkin ada diantara kita terpaksa melupakan hasrat untuk topup supplement disebabkan oleh faktor kewangan lantas menyebabkan keahlian tamat tempoh. Atau mungkin juga cinta lama bertaut kembali. Dulu-dulu pernah ambil Shaklee tapi terpaksa tinggalkan atas faktor-faktor tertentu dan sekarang ingin kembali kepada Shaklee. 

Jangan risau, disini Cha akan kongsikan cara mudah untuk Renewal Shaklee Membership. 

KEAHLIAN SHAKLEE

Pendaftaran keahlian Shaklee adalah seumur hidup tetapi setiap ahli haruslah mengaktifkan keahlian setiap tahun pada hari lahir kita yang seterusnya atau dengan kata lainnya tarikh tamat keahlian tahun berikutnya adalah pada hari lahir kita tahun tersebut. 

Senang kan nak ingat?Ingat tarikh lahir ingat kena buat renewal Shaklee membershipMacam kena ingat renew driving license masa hari lahir. Sama kan!hehe


Cara Pertama :
Pergi kemana-mana branch Shaklee berdekatan dengan kita. Buat pembelian sebarang produk Shaklee dengan minimum RM30 di kaunter dan jangan lupa bagitau staff kaunter nak buat renewal Shaklee membership ya!

Senarai cawangan Shaklee : Selamat Datang ke Shaklee☘️

Cara Kedua : 
Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hari lahir (maksudnya 3 bulan sebelum tamat keahlian) secara online. Syarat minimum pembelian adalah sama iaitu sebanyak RM30 sahaja. 

Dan siap!
Dah boleh terus shopping di website Shaklee dengan harga ahli. Jimat banyak tau! Jadilah pengguna bijak sepanjang masa✌๐Ÿป. Pembelian melebihi RM300 percuma kos penghantaran tau. Jimat RM10๐Ÿ˜Š

Cara Ketiga :
Kalau dah rasa buntu sangat macam mana nak renew? Hubungi sahaja upline kita. InsyaAllah mereka dapat membantu. Nak contact Cha pun boleh : Hai Cha✌๐Ÿป

Nota kaki: sekiranya keahlian anda sudah lama tamat tempoh. Anda perlu daftar semula dengan bayaran RM35. 

Jom Cha kongsikan pula soalan-soalan berkenaan dengan Renewal Shaklee Membership. 

๐ŸƒApa akan jadi jika saya tidak aktifkan akaun saya selepas expired?
• Akaun anda akan luput selepas 6 bulan. 

๐ŸƒBolehkah saya renew membership selepas akaun saya expired?

• Boleh! Shaklee beri tempoh selama tiga bulan untuk anda aktifkan kembali akaun dengan membuat bayaran RM35.

๐ŸƒKalau saya buat belian 100uv in single resit pada salah satu tarikh dalam tiga bulan itu. Adakah ianya dikira?

• Ya! Dan pastikan anda memilih untuk memperbaharui. 

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Bolehkah 100uv tu secara transfer uv?

• Transfer uv TIDAK dikira utk 100uv tu. Anda mesti buat pembelian 100uv dalam SATU RESIT menggunakan ID anda sendiri.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Bagaimana nak renew membership tu.

• Ada 2 cara. Secara ONLINE atau WALKIN ke Branch.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Boleh ke upline bantu untuk renew membership?

•  Sekiranya anda perlukan bantuan, sila hubungi Upline anda. 

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Apa akan jadi jika selepas 6 bulan saya masih tak aktifkan kembali akaun saya?

• Automatik akaun anda akan dibatalkan. Anda dikehendaki mendaftar semula dengan yuran RM35. 
.
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Apa akan jadi jika LEBIH setahun saya tidak renew keahlian saya?
• Akaun anda akan luput. Perlu register semula untuk menjadi ahli Shaklee.
• Untuk SID tempoh bertenang selama 6 bulan dan Leader tempoh bertenang selama setahun.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Adakah hanya Distributor sahaja yang perlu aktifkan kembali akaun ni.

• TIDAK, Semua AHLI TAK KIRA APA PUN RANK termasuk MASTER perlu lakukan yang sama.

Pastikan anda buat Renewal Shaklee Membership ni setiap tahun tau. Pada yang dah lupa apa kelebihan menjadi ahli Shaklee boleh rujuk entry Cha sebelum ni : Bestnya jadi Shaklee Members.


Nak tahu lebih lanjut jom baca juga perkongsian sahabat Cha di sini.

Oh ya! Mak-mak, ayah-ayah kat luar sana jangan lupa tau. Minggu depan dah nak start cuti sekolah. Sediakan fizikal dan mental yang kuat untuk kita bergembira dengan anak-anak tersayang sepanjang bercuti. Happy holiday!


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha

XO,
noora_aycha
Your Trusted SID

Friday, May 12, 2023

Hello, New You!


Hello New You!
Perjalanan transformasi anda bermula di sini. 
Di Shaklee.

Ada tak di antara pembaca disini yang dah pun sertai program ini dan dah beli set Hello New You?
Kalau dah ada, Cha nak ucapkan tahniah! Tahniah kerana telah berjaya mengambil langkah pertama untuk bertanggungjawab atas kesihatan anda. Alhamdulillah. 

Apa sebenarnya program Hello New You ni?
Program ini adalah satu program untuk membantu anda semua mengurangkan atau mengekalkan berat badan dengan sistematik. Ia menggabungkan produk-produk dengan nutrisi seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman yang berkesan.

Siapa yang sesuai untuk menyertai program Hello New You ni?

๐Ÿ’šAnda yang ingin menguruskan berat badan dengan lebih sihat.

๐Ÿ’šAnda yang ingin membentuk tubuh badan dengan lebih menawan.

๐Ÿ’šAnda yang ingin meningkatkan tenaga dan ingin merasa hebat.

๐Ÿ’šAnda yang ingin menambah baik sistem pencernaan.

๐Ÿ’šAnda yang ingin mengembalikan keyakinan.

๐Ÿ’šAnda yang ingin menjadi lebih fokus dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja.

Ada ke yang dah berjaya dalam program Hello New You ni?
Mestilah ada. Jom kita baca testimonial pengguna yang dah berjaya.

Siti Maimunah Binti Baharudin
Turun 40kg
Dari 4XL ke M




Hasma Binti Hussain
Turun 15kg
Mendapat semula keyakinan diri.

Nak tengok lagi?

Norsyaheera Binti Young Rockie
Turun 11kg
Rasa lebih segar dan lebih ringan!

Michael Tan Chun Chet
Turun 20kg
Turun 20kg dalam 2 bulan!

Meh Cha kongsikan Shaklee effect Cha pula:

Turun 14 kg dalam masa sebulan
Baca disini : Kurus Dengan Shaklee

Ha, rasa lebih bersemangat tak tengok kejayaan mereka? Jika mereka boleh, anda pun boleh kan! Program Hello New You terbukti berkesan.

 Jadi, nak tahu dengan lebih mendalam apa yang best sangat program Hello New You ni?

1. Produk dengan Nutrisi Seimbang

Set Hello New You terdiri daripada : Omega Guard, Lecithin, Herb-lax dan Cinch Cafรฉ Latte serta FOC Shaklee Shaker dan Cinch Vanila.

Manfaat Omega Guard, Lecithin dan Herb-lax ada Cha kongsikan dalam perkongsian sebelum ini : 

Manfaat Cinch Shaklee




2. Pelan Puasa yang Fleksibel
Menggabungkan konsep puasa berkala selama 12jam atau lebih. Gunakan manfaat berpuasa untuk melaraskan semula sistem badan kita. 

Apa yang berlaku pada badan kita ketika berpuasa?

4-8 Jam Berpuasa
☘️ Paras gula dalam badan menurun.
☘️ Semua makanan di dalam perut sudah dicerna. 
☘️ Insulin tidak lagi dihasilkan. 

12 Jam Berpuasa
☘️ Makanan yang diambil telah dibakar.
☘️ Sistem pencernaan berehat. 
☘️ Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) untuk penghasilan dan regenerasi sel mula meningkat. 
☘️ Glukagon dirembeskan untuk menyeimbangkan paras  gula dalam darah.

14 Jam Berpuasa
☘️ Lemak yang disimpan ditukarkan untuk tenaga.
☘️ Meningkatkan lagi Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH)

16 Jam Berpuasa
☘️ Badan sedang meningkatkan pembakaran lemak. 

3. Pemakanan Seimbang dan Senaman

Pelan Hidangan 12:12 Shaklee
Apa itu pelan hidangan 12:12 Shaklee? Ia adalah pelan 12 jam makan dan 12 jam berpuasa seperti di bawah:

๐ŸŒธ Sarapan (8AM-9AM)
Ambil Cinch Shake. Cinch Shake mengandungi Leusina untuk membantu membakar lemak, membina otot tanpa lemak, mengekalkan rasa kenyang dan mengurangkan nafsu makan.

๐ŸŒธ Makan Tengah Hari (12PM-1PM)
Amalkan konsep suku-suku separuh.

Diet Suku-Suku Separuh
Diet suku-suku separuh merupakan sejenis diet yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan kerana diet ini mengambil kira keseimbangan kesemua jenis kumpulan makanan. 
  1. Suku (1/4): Protein seperti ayam, daging, ikan
  2. Suku (1/4): Sumber bijirin seperti nasi, mee, bihun dan lain-lain
  3. Separuh (1/2): Sayur-sayuran dan buah-buahan

๐ŸŒธ Senaman (4PM-5PM)
Ambil ESP sebagai minuman sebelum atau selepas bersenam untuk meningkatkan tenaga dan mempercepatkan pemulihan otot. 

๐ŸŒธ Makan Malam (6PM-7PM)
Ambil Cinch Shake untuk kekal kenyang pada waktu malam. Omega Guard untuk mengekalkan berat badan sihat serta Herb-lax yang menyokong sistem detox badan.

๐ŸŒธ Waktu Berpuasa/Tidur (8PM-7AM)
Ambil Alfalfa Complex dan DTX sebelum tidur untuk mendapatkan badan yang lebih segar keesokkan harinya. 


Selamat tinggal lemak, hello menawan pastinya dengan program Hello New You

Disini Cha kongsikan juga promo-promo Shaklee sepanjang May ini. Jangan lepaskan peluang. 









Ingat New You ingat Shaklee. Ingat Shaklee ingat New You!

Ia MUDAH.

Ia FLEKSIBEL. 

Ia SELAMAT. 

Ia TERBUKTI.

Jadi, dapatkan set Hello New You sekarang : Whatsapp Cha ok๐Ÿ˜‰

Lagi banyak perkongsian mengenai set Hello New You disini.

Di kesempatan ini juga, Cha ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu diluar sana yang berjuang setiap hari dalam membesarkan anak-anak. Jaga diri jaga kesihatan demi yang tersayang ok!

Selamat Hari Ibu ๐Ÿ‘ฑ๐Ÿป‍♀️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeBentong
#Shakleebychacha


Hello New Me❤️, 
noora_aycha
Your Trusted SID


Work from Home (WFH) bagus atau tidak?

Assalamualaikum dan hai semua๐Ÿ’š Work from home (WFH) ataupun bekerja dari rumah  (BDR) menjadi satu norma baru ketika Malaysia dilanda bada...